Malam penuh keindahan menghiasi pemandanganku di Seoul . Siapa sangka , kali ini aku pergi ke Seoul bersama suamiku tercinta . Yasmin memberikanku hadiah dengan meminta Babanya mengajakku ke Seoul , sewaktu aku terlantar di hospital .
Mungkin , sepanjang kami mendirikan rumah tangga , ada saja yang masalah yang harus kami tempuhi. Paling mengharukan saat aku kehilangan putera kami diusia setahun. Yasmin juga semakin matang dalam berfikir masa depan keluarga.Mungkin disebabkan dia sering bersendirian akibat kesibukan orang tuanya.
Namun semuanya sudah berakhir , aku akan menjadi suri rumah sepenuhnya mulai hari ini.
‘’ Hei , menung apa tu? ‘’ Fayyadh mencuit pinggangku.
Aku terkejut dan menepis bahunya.
“ Kacau je “. Bisikku pelan.
Fayyadh menarik hidungku . Dia memang suka mengusikku .
Jujur saja , sejak pergaduhan kami tempoh hari , aku masih lagi takut untuk berbual dengannya. Aku takut jika menyinggung sekali lagi hatinya.
“ Dia memeluk bahuku dan meletakkan kepalanya dikepalaku.” Terasa tenang dan rindu akan dakapan ini.
Airmataku mengalir tanpaku sedar.
Entah kenapa aku rindu pada perkenalan pertama kami di Negara empat musim ini. Aku rindu akan setiap kenangan antara kami berdua.
Benar , Seoul ini telah menjadi kampung kedua bagi kami , dan sentiasa menjadi saksi cinta kami. Namun , setiap kali kesini , rasanya tetap berbeza.
Aku tetap rindukan kehidupan dulu.
“ Sayang , kenapa ni?” Tersentak lamunanku.
Aku hanya menggelengkan kepala. Sebenarnnya rasa kekok..
“Abang tahu , sayang tak selesa dengan abang lagi lepas...” Aku menekup mulutnya.
“Bukan salah abang , salah sayang..Maafkan sayang kalau buat abang terasa lagi.” Aku memeluknya sekuat hati.
Entah kenapa terusik sungguh hatiku malam itu.
Matanya juga berkaca. Rindu masih bersarang walaupun dia bergelar suami..
“ Assalammualaikum..” ketukan padu hinggap pintu rumah.
Entah siapa pula yang dating pagi-pagi buta ni. Fayyadh awal pagi lagi sudah keluar .
Aku membuka pintu dan tergamam melihat tiga orang rakanku yang bergelar ibu kini dihadapanku dengan gaya seperti remaja 18 tahun.
“ Anyeonghasayo” Sapa Amani dengan senyuman kambingnya.
Aku menjemput mereka masuk ke dalam rumah . Seperti biasa , rumah ini juga akan kami sewa setiap kali datang ke sini. Pemilik rumah ini juga sudah banyak kali ingin menjual rumah ini kepada kami , namun kami enggan.
Aku dari tadi kebingungan. Safiyya terus saja masuk ke dalam dapur.
“ Peyya , aku nak air .” Dean bersuara.
Aku hanya memerhati mereka. Amani sudah duduk di meja makan dan dihadapannya laptop .Aku menghampirinya , dan benar . Adakah dia masih seorang kpopper?
“ Arfa , nanti temankan aku jumpa Noah ek kat kedai buku?” Edrea bersuara dari biliknya.
Aku bertambah keliru . Kadang aku mencubit pipiku , siapa tahu aku sedang bermimpi.
Lonceng rumahku berbunyi . Mungkin itu Fayyadh . Aku hanya keluar tanpa menutup kepala.
“ Ini ada kiriman barang untuk Safiyya.’’ Aku terus menutup pintu kembali apabila melihat HaNeul dihadapan pintu rumah.
Aku terus duduk dan membiarkan Safiyya melayan HaNeul.
Hi awak . malam ni jumpa nak? Kat tempat biasa . Heehe
Seakan terhenti duniaku seketika . Aku menerima message dari Fayyadh.
Awak? Bukan ke dia panggil aku sayang ? Hmm.
Aku menemani Edrea ke kedai buku. Noah dengan kaca matanya seakan kembali beraksi. Kelakuan mereka seperti baru hendak bercinta.
Aku benar-benar keliru. Kenapa dengan mereka semua.
Baru saja aku dan Edrea melangkah masuk rumah , tangisan Dean sudah kedengaran.
“Dia tak sayang aku. Dia ada perempuan lain.” Edrea datang kearahnnya dan memujuk.
Aku hanya tersenyum kerana aku seakan telah pernah lalui peristiwa ini dulu. Aku masih tidak berfikir apa yang telah terjadi.
Aku masuk ke dalam bilik . Suasana bilikku sama seperti aku masih bujang .
“ Kau orang ke yang buat bilik aku macam tu?’’ aku keluar dari bilik dengan muka cuak.
Mereka menggeleng dan menyatakan mereka tidak memasuki bilikku.
Aku kembali ke bilikku . Aku membuka almari dan sepasang dress putih tersangkut di hadapanku.
Aku bersiap-siap dengan memakai dress itu. Rakan-rakanku yang lain tiba-tiba saja hilang. Beg pakaian mereka juga tiada .Langsung tiada tanda-tanda mereka ada disini.
Aku dah gila ke?
Aku berfikir sendiri.
Aku terus mengatur langkah ke tembok cinta untuk menemui Fayyadh.
“ Assalammualaikum ..” aku menyapanya yang sedang duduk dan bermain gitar itu.
Dia menyahut salamku dan membetulkan rambutnya.
Bagai nak tercabut jantung bila aku lihat pemakaiannya sama seperti dia belum menjadi suamiku. Wajahnya juga kelihatan muda .
“Maaflah. Saya nervous.’’ Dia memintaku duduk dan memberiku pau yang masih panas.
Aku cuba menenangkan diriku dan tidak berkata apa-apa.
“ Awak suka saya tak?” Fayyadh bertanya kepadaku sambil menongkat dagunya.
Dalam hati aku bermonolog sendiri.
Dah dua anak kot , boleh pula dia Tanya aku suka dia atau tak.
“Suka .’’ jawabku ringkas sambil menikmati pau yang panas.
Pandanganku tertumpu dengan sekumpulan lelaki yang bermain gitar.
“ Saya pergi toilet kejap ek. Awak jangan pergi mana-mana .’’ Fayyadh meninggalkanku.
Aku benar-benar keliru dengan apa yang aku hadapi seharian ini.
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don’t deserve this
You look perfect tonight.
Aku menoleh belakangku dan sekali lagi . Fayyadh Zayn membawa mereka untuk menyanyikan lagu kegemaranku , Perfect nyanyian Ed Sheeran.
Bunga mawar berwarna putih dihulur kearahku . Aku menangis tanda terharu kerana dia mengembali nostalgia perkenalan kami dulu.
‘’Happy Anniversary sayang’’ Fayyadh mengucup dahiku .
“ Abang kan buat suami ni? Diorang semua?” soalku padanya.
Dia hanya tersenyum dan mengangguk.
“ Abang tahu sayang rindu waktu dulu. Dan abang cuba ingat balik semua yang sayang lalui kat sini dulu.” Dia mengusap lembut pipiku dan mengesat airmataku.
“ Dah dah anak pun masih cengeng.” Usik rakan-rakanku yang datang dari belakang kami dengan bagasi-bagasi mereka.
“ Kau orang nak pergi mana ni?’’ soalku lagi sambil menahan tertawa.
Dean memandang suaminya Ferral. Entah kenapa .
Ferral memberiku bagasinya.
“ Bukanya entar aja ya.” Dia menjeling kearah Dean. Mungkin takut dimarahi.
Yang lain juga memberikan bagasi mereka kearahku.
Aku membuka satu persatu , dimulakan dengan Dean. Satu set baju bayi diberinya kepadaku. Aku tidak mengeluh kerana ia juga seakan doa yang baik untuk kami.
Edrea merenungku sambil tersenyum. Risau pula aku katak diberinnya.Aku membelek beg itu namun ianya kosong. Sudah aku agak .
“ Bagasi tu kosong , hadiah kau ni.” Edrea menghulurkan berudu kearahku.
Tanpa sengaja aku terpeluk Fayyadh. Kelemahanku sungguh melihat keturunan nenek moyang katak ni.
“ Inilah hadiah dari aku. Aku nak tengok kau peluk Fayyadh depan kitaorang.” Edrea mengusap bahu Noah.
Aku tidak faham kenapa . Aku membuka beg bagasi Safiyya , isinya Cuma nota kecil.
Saya dekat dengan hati awak.
Aku mencari dicelahan bajuku. Namun tiada , aku baru teringat . Sewaktu aku memeluk Fayyadh aku merasa sesuatu di poket bajunya.
Aku cepat-cepat menariknya dan apa yang aku temui …
“ Pregnant test?’’ aku menunjuk kearah Safiyya sambil menahan ketawa.
Aku beralih kearah bagasi Amani , sebuah kotak . Aku membukanya.
Sebuah kad bertulis ,
Mama , Please use Auntie Peyya’s gift to see me . Hurry up Mama !
Aku memandang kearah Fayyadh dan yang lain . Keliru aku dibuatnya.
Kami semua pulang kerumah dan aku masih dalam kebingungan dan masih berfikir dengan hadiah dari mereka.
Aku menguatkan semangatku dan terus melakukan ujian.
Arghhhhhh!!!
Aku menjerit sekuat hati.
“Kenapa sayang , kenapa ada apa?” Cuak sungguh muka suamiku.
Aku terus memeluknya dan menghulurkan pregnant test tersebut.
“ Abang dah tahu lama sayang. Sejak sayang accident hari tu. Abang saja rahsiakan sebab nak buat surprise..’’ Aku kembali menangis.
Aku menangis kerana aku terharu , kesanggupan rakan-rakanku meraih ulang tahun perkahwinan kami disini. Sanggup datang dari jauh untuk memberitahu tentang kehadiran bakal warga baru.
Patut saja mereka menjaga ku dengan penuh kasih sayanf selama ini .
Sungguh tidak pernah aku bayangkan semua ini.
Malam itu kami semua berkumpul di ruang tamu. Rasa seperti bujang kerana ini merupakan pertama kali meninggalkan anak-anak kami jauh dari pandangan.
Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk mengulangi kenangan indah kami disini .
Idea bagasi-bagasi tu bukan Idea Fayyadh , idea Dean.
Hebatkan mereka ?
Idea ulang nostalgia lama pula bukan juga idea Fayyadh . Semua itu idea Edrea.
Paling menjadi lakonan HaNeul dan Safiyya. sampai aku rasa aku gila.
" kau tak tahu betapa susahnya Fayyadh nak biasakan diri panggil kau awak tau Arfa. " Safiyya membocorkan rahsia .
Aku hanya tertawa bila ingat kejadian siang tadi .
“Sayang , I love you .” Fayyadh mengucup pipiku di koridor rumah itu. Hilang gayatku bila dengar perkataan itu.Tenang dan bahagia aku rasakan.
“ Bie , sorry ek sebab selalu marahkan bie.. I Love you Bie.” Buat pertama kalinya aku mendengar perkataan maaf dari Dean buat suaminya . Ferral terus memeluknya.
“ Sayang , I love you . Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.” Amani bersuara sambil meletakkan kepalanya di dada Dae Hyeon. Mungkin dia ingin dengar degupan jantung suaminnya.
“ Baby , I love you more than everyone. Awak bidadari saya dulu , sekaran dan selamanya.’’ HaNeul pula bersuara. Patut saja Safiyya sayang sangat dengan lelaki yang sedanf merangkuk lehernya itu.
“Dear , you’re my everythings..Tolong jadi kekuatan saya .” Noah pula mengusap lembut pipi Edrea. Jarang sangat tengok semua bersweet ni.
Bagi aku , rakan seperti mereka merupakan adik beradik dimata aku.Oleh itu, mereka sanggup untuk datang membantu. Mungkin sukar bagi mereka datang dekat , namun mereka tetap dekat di hati walaupun berjauhan.
Terima kasih untuk Crush Dari Seoul.
TAMAT.
No comments:
Post a Comment