'' Allah lebih menyayangi Zayyad . Kau sabar okey . '' Dean memelukku sebelum mereka berlepas ke Yogyakarta .Aku seakan tidak percaya bila melihat baju-baju Zayyad yang tersimpan dalam almarinya . Seakan terlihat wajahnya yang ceria itu .
Sungguh , rinduku padanya tiada hujungnya .Aku memeluk bajunya dan seakan terhidu baunya yang menenangkan itu .
Tiga bulan aku tidak keluar rumah . Seakan tidak percaya aku telah kehilangannya selama ini . Seperti baru kelmarin aku melahirkannya , kini dia sudah tiada .'' Sayang , jangan macam ni .. Kita kena redhakan pemergian Zayyad . Doakan dia tenang disana . '' Fayyadh memelukku setelah selesai menunaikan solat isyak .
Aku akan menangis setiap malam . Di setiap kehancuranku , disetiap tangisanku hanya Fayyadh yang melihatnya .
Aku bukan tidak redha dengan pemergiannya , namun aku rindu padanya .
'' Saya rindu Zayyad abang .. Rindu gelagat dia , rindu susukan dia . '' aku benar-benar tidak kuat hadapi semua ini .Fayyadh juga turut sama menangis . Dia mengenggam tanganku erat .
'' I'm with you Sayang .. Abang ada disini dengan sayang .. Sampai bila-bila . '' Fayyadh mengelap airmataku dan terus mengucup dahiku .
Hanya itu penenangku .
Malam itu aku mula mencari diriku yang telah terkubur bersama puteraku . Aku dekatkan diri pada yang Satu . Semoga aku dikembalikan ke dunia ku .Fayyadh telah mencari rumah baharu yang berhampiran dengan pantai . Belakangnya pula perkampungan orang asli .
Aku merasa tenang disini dan mula pasrah dengan takdirku .
Yasmin juga sudah bersekolah . Dia mengikuti Fayyadh setiap pagi dan pulang petang . Itulah rutin Fayyadh semenjak aku berubah menjadi seorang ibu yang pendiam .
Yasmin seakan kurang mendapat perhatian dariku . Aku sedar akan itu , namun emosiku masih terganggu .
'' Baba , mama tak sayang Yasmin ek ? '' Puteriku bertanya sewaktu Fayyadh menggosok pakaian sekolahnya .Terhenti Fayyadh dan terus memeluk Yasmin . Aku hanya medengar perbualan mereka . Seakan aku gagal menjadi ibu kepada Yasmin .
Aku terus ke bilik tidur dan cuba melelapkan mata .
'' Awal sayang bangun.. '' Fayyadh menyapaku dari belakang .
5 pagi tadi aku terjaga dan terus menyiapkan sarapan mereka . Sudah lama rasanya aku mengabaikan tanggungjawabku .
Yasmin juga belum bangun . Fayyadh ingin mengejutkannya , namun aku melarangnya .
Aku mengejutkan Yasmin dari lenanya. Sungguh berbeza Yasmin pagi ini . Dia kelihatan lebih bersemangat dan ceria .
Fayyadh juga tersenyum melihatku .
Ya , aku perlu berubah . Aku masih ada Yasmin .
'' Tengah hari nanti mama ambil Yasmin okey ? '' aku mencium pipiinya yang gebu itu sebelum dia berangkat ke sekolah .Fayyadh juga mengucup dahiku dan mengucapkan terima kasih .
Aku mengenakan baju blouse berwarna putih dan long skirt berwarna hitam . Aku menyarungkan tudung bawal berwarna putih yang dihadiahkan oleh suamiku dulu .Hari ini aku akan memulai hidup baru aku . Aku perlu kuat dalam menghadapi masalah .
ALLAH pilih aku .
Aku menghidupkan keretaku dan terus menuju ke galeri .
'' Assalammualaikum Kak . '' sapa Maisara yang terus memelukku .
Aku rindu padanya .
Aku lihat galeri ini telah berubah sedikit . Maisara menyatakan semua ini diminta oleh Fayyadh untuk mengubah galeri ini .
Mungkin Fayyadh tidak mahu aku semakin dihantui bayangan silamku .
'' Kak , saya dah jumpa pekerja . Tapi semuanya masih bujang dan bekas penuntut di Seoul juga . Sama macam kak Arfa .. '' Maisara yang aku menganggapnya seperti adikku sendiri bercerita dengan penuh perasaannya .
Aku teramat teruja untuk mengenali pelukis-pelukis dari Seoul . Senang cerita mereka merupakan Junior ku yang tidak sempat aku kenali .
Mereka kelihatan akrab dan menceritakan perihal mereka . Aku seakan terlupa masalahku mendengar cerita mereka . Tidak jauh beza seperti kami dahulu .
Mereka bertiga menunjukkan hasil lukisan mereka semasa di Seoul . Aku bercadang untuk membeli karya mereka untuk dijadikan pameran dalam Galeriku .
Sungguh unik lukisan mereka dan membuat aku rasa dekat Seoul .
'' Kumpul semua staf , kita jumpa di bilik meeting sejam dari sekarang.. '' aku mengarah Maisara dan terus keluar untuk mengambil Yasmin dari sekolah .Gembira sungguh Yasmin setelah melihat aku yang mengambilnya .Jarak sekolahnya dan galeriku tidak jauh dan hanya mengambil masa 15 minit kalau tidak jammed . Aku membawanya pulang ke galeri dan membawanya makan bersama stafku yang lain .
'' Saya nak this weekend kita ubah decoration gallery ni . '' mereka memandangku . Mungkin mereka fikir aku tidak suka dengan cadangan suamiku .Aku menjelaskan bahawa aku ingin galeri ku dekat dengan Seoul . Aku ingin keadaannya seperti di Seoul namun aku masih menetapkan adat Malaysia disini .
'' Start from next week , semua perlu pakai baju kurung bagi melambangkan kesucian budaya kita . Yang lelaki , as long as sopan . Tapi jumaat kena pakai baju melayu . '' aku melihat kearah pekerja lelaki yang juga sama seperti Maisara .
Sangat pantas dalam membuat kerja.
Fayyadh mengetahui tentang keinginanku , dia membantuku untuk mengubah sekali lagi dekorasi galeriku yang sedikit sebanyak mempengaruhi hidupku.Kami mengadakan majlis kecil-kecilan bagi Galeri ini . semoga dia terus berkembang .
Setiap pendapatan yang kami dapat , akan disalur terus ke persatuan Sindrom down Malaysia . Mungkin tidak sama seperti Zayyad . Namun mereka juga istimewa seperti Zayyad .
'' Abang happy sayang dah kembali macam dulu .. '' Fayyadh memelukku dari belakang . Aku memandangnya dan meletakkan hidungku ke hidungnya .Kami redha dengan pemergian Zayyad . Kami tahu rezeki kami masih ada luas terbentang dihadapan sana .
'' Abang , jangan tinggalkan sayang .. '' dari dulu , hanya itu aku mampu katakan .
Fayyadh memegang pipiku dan menggeleng kepalanya .
" No sayang . Abang takkan tinggalkan sayang . '' aku lega mendengar kata-kata suamiku itu .
Dalam kesibukan aku mengurus galeri , aku tidak lagi mengabaikan Yasmin .Kadang bila aku sibuk menyiapkan lukisan pemandangan perkampungan orang asli belakang rumah baru kami , Yasmin juga sibuk meniru lukisanku .
Yasmin dan fries Mcdonald tidak dapat dipisahkan .
Kadang dia hanya tertidur dalam pejabatku bila aku mesyuarat ..
'' Mama , ada auntie dalam office . '' Yasmin datang menghampiriku .Aku memandangnya dan hanya mengikutnya .
Aku meminta Maisara meneruskan perbincangan yang selebihnya .
'' Weii ..bila kau sampai? '' aku berlaga pipi dengan Safiyya .Dia baru sampai dari Seoul pagi tadi . Bahagia rasanya melihat sahabatku disini .
" Aku dan Ha-Neul akan tinggal kat Malaysia dah .. penat lah kat sana .. '' sergah Safiyya .
Akulah yang paling bahagia bila mendengar semua sudah ada di Malaysia .
Dean juga sudah berpindah ke Malaysia kerana Ferral ingin membuka kolam ikan keli di kampung Dean .
Aku dan Safiyya berbual panjang hingga semua masalah yang terbeban juga dapat aku lepaskan .
'' Nanti senang-senang , kau datang kampung aku .. '' ajak Safiyya yang sudah ingin berganjak.Aku sudah pasti kesana bila berpeluang . Tunggulah cuti sekolah .
Aku masa kecil dulu bukan game masak-masak aku hadap. Game macam inilah . Bawa lori , tembak-tembak .Malam itu aku dan Fayyadh bermain PS2 setelah Yasmin tidur . Maklumlah esok sabtu , lagi pun sudah lama tidak melayan karenah laki sendiri .
" Eee sayang .. tak baik tembak suami .. '' itulah saja ugutan Fayyadh bila aku mula menguasai permainan .
Memang seronok dapat suami macam Fayyadh .
Tidak cerewet . Makan apa saja dia okey .
Kami bercadang untuk melawat pergi ke kampung Dean . Aku mengajak Safiyya dan Amani untuk turut serta .Kami akan gerak masing-masing dan akan bertemu di R&R untuk berkumpul . Terkejut gila kami bila tiba-tiba saja ada Edrea dengan keluarga kecilnya menyapa .
" Edrea dah bertugas kat KL lah .. dah dekat seminggu .. '' Amani memberitahuku perkara yang disembunyikan Edrea dari kami .
" Kuang hajo perempuan ni .. ''aku seakan ingin mengetuk kepala Edrea .
Kami hanya tertawa dan mula bergerak ke rumah Dean .
Dean memang sejenis mudah teruja , sanggup dia berlari menyambut kami walaupun hujan masa itu .kami terus berpelukan . Sungguh rindu pada mereka . Dean membawa kami masuk ke dalam rumahnya yang kemas dan rapi .
Tubuhnya kelihatan sedikit berisi . Mungkin cukup makan.
'' Kau macam mana ? ada plan nak menambah ? '' soal Dean pada ku .Aku hanya tertawa dan memandang kearah Amani .
" Aku belum ada rezeki .. '' jawab Amani sambil memandang kearah lain .
Amani memang seorang yang pemalu . Namun kami tahu jauh disudut hatinya dia ingin .
Cuaca disini sedikit sejuk . Maklum saja terletak diatas bukit . Siapa saja tidak kenal perkmapungan Cameron Highland ?Tapi Ferral ternak ikan , bukan tanam strawberi .
Entahlah hidup ke tidak .
Aku telah mulai hidup baruku dengan bantuan suami , anak dan rakan-rakanku ini . Tanpa mereka semua aku pasti gagal mencari diriku .
Kehilanganku ini telah mengajarku untuk lebih menghargai .
Akulah wanita terbahagia disamping suamiku dan puteriku .