Kehadiran Zayyad telah mengubah hidup kami sekeluarga . Siapa sangka hadirnya yang istimewa itu menambahkan lagi kasih sayang antara kami .'' Abang tak penat ke tiap malam berjaga ? '' soalku pada Fayyadh yang setiap malam terjaga bila Zayyad meragam .
Aku juga terjaga , namun Fayyadh memintaku berehat .
'' Ini tanggungjawab abang . Biar abang jaga Zayyad . Sayang rehat . '' dia mengusap kepalaku dengan lembut .Dalam usia 26 tahun ini , kami semakin matang dalam menangani masalah ini .
Perkahwinan kami telah genap 5 tahun , sudah banyak benda kami lalui bersama .
Zayyad masih mendapat rawatan di hospital . Setiap minggu kami akan membawanya berjumpa doktor pakar , Dr Alif .
Dia merupakan Doktor khas bagi pesakit Sindrom Nefrotik . Selama mengenalinya , dia telah berusaha sebaik mungkin mengawal perubahan fizikal Zayyad .Aku dan Fayyadh juga semakin kurang bersama kerana sibuk dengan menjaga anak-anak serta kerjaya kami . Aku ingin menutup galeriku yang baru saja naik , namun itu adalah impian ku .
Fayyadh dan bonda tidak mengizinkan aku .
'' Jadikan Zayyad sebagai kekuatan baru kamu . Jangan buat dia rasa , dia penyebab kamu lepaskan impian kamu selama ni . '' Bonda selalu memberiku semangat hingga aku benar-benar dengan keputusanku .Galeri seni ku yang aku baru saja mengubah namanya , Zayyasmin Gallery Arts merupakan aset bagi mereka . Memang tidak cukup kalau diikutkan , namun syukur saja aku punya pekerja seperti Maisara . Wanita balu muda yang kehilangan suaminya 3 bulan lepas . Suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya .
'' Anak puan Arfa tu cacat ke ? '' soal staf ku kepada Maisara .Mugnkin mereka tidak tahu yang aku ada disitu .
'' Bukan cacatlah. Istimewa . mulut kau tu jaga sikit . '' jawab Maisara .Mereka masih tidak henti-henti mengatakan anakku Zayyad , cacat .
Memang dia tidak sempurna , namun dia tidak bersalah .
'' Dah habis mengumpat ? ke nak saya join sekali ? '' sergahku pada mereka .Gelabah juga mereka kecuali Maisara .
Ini bukan kali pertama aku mendengar mereka mengata Zayyad . Sudah berkali-kali . Namun aku hanya membiarkan saja .
Tapi tidak kali ini .
'' Sara , masuk pejabat saya .Now ! ''aku mengarah Maisara yang tenang itu .Aku terasa tertekan dan merasa bersalah dengan Zayyad .
'' Yes puan , may I help you ? '' sergah Maisara sambil membawa buku catatannya .Aku memegang kepalaku ..
" Ya . Awak tolong saya sediakan 3 surat resign untuk mulut puaka di luar sana . '' Maisara amat terkejut .
Dia seakan tidak tahu ingin berbuat apa .
'' Don't worry Sara . Saya tak buat keputusan ni kalau tak fikir panjang . Saya dah lama fikir benda ni . So , this is my decision . '' aku terus menatap komputer ribaku untuk menyemak gaji mereka .Aku tidak sekejam yang mereka anggap , mungkin mereka tidak betah bekerja disini memandangkan aku jarang ke galeriku . Aku memberi mereka gaji penuh beserta bonus untuk khidmat mereka disini . Aku tahu , lagi ramai diluar sana yang inginkan peluang ini .
'' Puan ingat kami nak ke kerja kat galeri puan ni ? Banyak lagilah kat luar sana . '' Mereka tidak berpuas hati dengan keputusanku . Namun , aku hanya membiarkan mereka .'' Puan kena ingat , anak cacat puan tu bawa bala dalam hidup puan . '' Aku terus menamparnya gadis yang menghina anakku .
Mereka yang lain terus saja menahannya yang hendak menyerangku .
'' Kau jangan berani nak hina anak aku . Negara kita ada undang-undang . '' Aku terus meninggalkan mereka dan meminta security guard membawa mereka pergi .Ibu mana tidak kecewa mendengar anak mereka di hina .
Aku terus pulang dan meminta Maisara menjaga galeri . Dia faham .
Aku memasuki pagar dan meletakkan kereta HONDA HR-V ku diperkarangan rumah .Aku telah menyediakan Zayyad jururawat khas untuk menjaganya ketika aku tiada dirumah . Yasmin pula aku akan hantar ke taska yang berhampiran rumahku .
Selepas aku menunaikan solat Isyak , Fayyadh belum pulang kerana menghadiri majlis perpisahan pengetua sekolahnya .Aku menghampiri kedua malaikatku . Yasmin yang sedang lena tidur mungkin letih seharian bermain . Zayyad yang genap 10 bulan masih terjaga . Matanya seakan sukar dibuka , namun masih cuba memandangku .
Aku mendekatkan wajahku ke mukanya yang bengkak . Aku memegang jari-jemarinya yang montel itu dan sekali sekala menciumnya .
Sebak rasanya bila Zayyad memegang pipiku dan seakan cuba mengelap airmataku . Dia mungkin tidak mampu bercakap , fizikal yang tidak seindah insan lain , tapi dia mampu berjalan , merangkak , dan berlari .
'' Maafkan mama ya sayang .. Mama tak boleh jadi ibu yang terbaik .. '' entah kenapa malam itu aku terasa amat gagal menjadi seorang ibu .Yasmin terjaga dari lenanya dan mencium pipiku . Aku merangkul Zayyad dan memeluk Yasmin .
Mereka anugerah untuk kami . Aku harus kuat .
Disebalik pintu , Fayyadh menahan airmatanya . Aku tahu dia juga sudah lama memendam rasanya .'' Sayang ... you're great mother .'' dia terus memelukku . Aku hanya tersungkur di lantai sambil memeluk Zayyad dan Yasmin .
Sungguh kami berdua tidak sekuat yang mereka lihat .
'' Assalammualaikum .. '' Safiyya , Amani , Edrea dan Dean berada di luar rumah .Aku menyahut dan kami saling berpelukan dan bertanya khabar .
Rindu dan terharu melihat mereka yang datang dari jauh sekadar untuk melawatku .
Edrea dan Safiyya juga telah terdahulu menambah cahaya mata . Aku hanya dapat melihat anak-anak mereka melalui status whatsapp mereka .
Edrea , aku sempat melihat anak-anaknya sewaktu aku di Sarawak dulu semasa mengandungkan Zayyad . Matthew kini mempunyai adik perempuan , Madelaine EF Lee .Safiyya pula sekali lagi dianugerahkan puteri yang baru berusia 4 bulan lebih , Samiyyah Mardhiah .
Aku tidak dapat melawatnya di Seoul kerana keadaan Zayyad yang tidak menentu dan perlukan rawatan . Safiyya sangat memahami dan sanggup datang disini .
Dean dan Amani masih dengan jumlah anak yang kekal . Mungkin belum rezeki mereka .Mereka meninggalkan anak mereka bersama suami-suami mereka . Amani yang drive dan membawa mereka ke rumah baruku ini .
Fayyadh kerja , dan tiada dirumah .
'' Kau okey tak , Arfa ? '' soal Edrea sambil memegang tanganku .Aku hanya mengangguk .
Yasmin datang dan bersalaman dengan mereka . Yasmin tidak menganggu bila aku ada tetamu . Dia akan bermain dalam bilik permainannya . Kalau ada Arasyfa adalah temannya bermain . Tapi Amani meninggalkan kepada Dae Hyeon .
Safiyya mendukung Zayyad . Mereka semua tiba-tiba menangis dan memelukku .'' Be strong beb .. Kau kuat , ni syurga kau dengan Fayyadh .. '' Dean bersuara .
Mereka sentiasa ada dalam kesakitan yang aku tanggung .
'' Kau orang ajaklah laki kau orang datang .. Kita dinner kat sini ..'' ajakku .Mereka bersetuju dan masing-masing menelefon suami .
'' Hah ? eee bukanlah By . masuk simpang tu belok kiri . '' Dean dan Ferral tak ubah lagi perangainya .Safiyya dan Edrea hanya berkongsi lokasi dah settle .
Amani dan Dae Hyeon selalu ke sini . Tidak perlulah share location .
'' Ya Allah , yang awak masuk kanan tu kenapa ? Belok kiri , kiri.. saya kat sini ni haaa . '' Dean semakin naik angin dengan Ferral yang tidak mendengar arahnya dan masih juga bergantung dengan Wazenya yang tidak menentu itu .Fayyadh yang dari tadi mentertawakan Dean terus saja meminta Dean pergi dapur . Dia yang menanti sejenisnya untuk datang.
Marah betul Dean dengan Ferral.
'' Kau kenapa ni Dean ? '' kami sengaja bertanya sambil mentertawakannya .
Dia menarik kerusi dan duduk .
Safiyya memberinya jus oren dari peti.
'' Ferral lah , susah sangat nak faham . Dah aku cakap kiri nak juga kanan . '' dia meneguk jus oren itu .Semakin kuat ketawa kami . Sudah lama rasanya tidak ketawa macam ni .
'' Macam kejang dah pipi aku dah lama tak ketawa .. '' Edrea meregangkan pipinya .Aku bersetuju dan aku juga meregangkan pipiku .
'' Peeya , kau masak ek ? dah lama tak makan masakan kau ...'' pinta Amani.Aku dan yang lain juga bersetuju . Mungkin inilah peluang kami merasa zaman bujang semasa di Seoul dulu .
Safiyya hanya bersetuju dan mula memasak .
Riuh juga dapur itu . Anak-anak dalam bilik permainan , yang bapa-bapa tu lepak depan ruang tamu .
Zayyad tidur dalam pangkuan babanya .
Kadang terdengar mereka berkongsi pengalaman isteri mereka mengidam dulu .
'' Peeya dulu masa baby number 2 ni dia tak banyak ragam . Tapi 4 bulan aku tidur luar . '' Ha-Neul memecahkan rahsia mereka .Safiyya yang sibuk memasak hanya menyampuk dari dapur .
'' Sayanggggg .. '' Ha-neul dan yang lain terus tertawa .
Kami juga turut tertawa . Sekali-sekala Fayyadh juga menceritakan pengalamannya semasa aku mengandung . Namun ia tidak seperti yang lain . Aku lebih kepada SAKIT .
Mereka meminta Fayyadh untuk kuat . Bagi mereka Zayyad merupakan hadiah untuk keluarga Seoul kami .
'' Zayyad ini comel kok .. Nggak ada bedanya sama yang lain .. '' Ferral mengusap kepala Zayyad dan menciumnya .Mereka bergilir-gilir mendukung Zayyad . Sesekali Ha-Neul memberi Samaiyyah kepada Fayyadh dan mengambil Zayyad .
Mungkin sebab dulu aku selalu mentertawakan Noah , kini Zayyad pula yang mudah terhibur bila di dukung Noah .
Edrealah yang suka mengusik suaminya .
'' Dear , mungkin sebab muka awak macam cekodok kot . Tulah Zayyad ketawa . '' Noah membetulkan kacamatanya .
Dan memandang Zayyad , Makin kuat ketawanya hingga kami juga terhibur .
Zayyad tidak pernah seperti itu .
'' Dah lah , uncle tak nak kawan Zayyad lah . Uncle tahulah uncle handsome . Sebab tu auntie Edrea suka .. '' Noah menyindir Edrea .Kami pula terhibur melihat mereka . Entah kenapa malam itu aku rasa terlalu gembira hingga tidak dapat melupakan setiap benda .
Telatah mereka yang sudah beranak pinak tidak ubah seperti di Seoul dulu .
Mungkin hanya Dae Hyeon yang lambat kami kenali , namun dia juga seakan telah lama menjadi sebahagian keluarga kami .
Dia sekarang lebih mendekatkan dirinya dengan agama islam . Amani juga sentiasa menyokong setiap kerja dan usaha Dae Hyeon .
Mereka menetap di Malaysia kerana perniagaan Dae Hyeon telah diterima baik di Malaysia .
Alhamdulillah .
'' Nanti ada masa kau orang datanglah Seoul . '' Safiyya seakan tidak mahu pulang ke Seoul namun itulah tugasnya sebagai isteri .
Dean juga mengajak kami untuk datang kerumahnya di Yogyakarta .
Aku bukan enggan , namun aku belum dapat keizinan dari hospital untuk membawa Zayyad keluar negara dengan keadaannya begitu .
InsyaALLAH aku akan pergi sebaik saja Zayyad sembuh .
'' Abang nak sayang happy je macam hari ni .. '' Fayyadh menarik pipiku semasa kami didapur .Zayyad dan Yasmin sudah tidur . Hanya malam kami dapat bercerita tentang sehari-hari kami .
Aku memandangnya lama . Seakan aku sedang melihat syurgaku .
'' Abang dah banyak berkorban untuk kami .'' airmataku bertangkung .Dia menekup pipiku dan mengusapnya lembut .
" Selagi abang hidup , selagi tu abang berkorban . Abang tak dapat balas kesudian sayang meminjamkan rahim sayang untuk dua malaikat kita .. '' dia memujukku .
Aku juga menekup pipinya dengan tanganku .
" Saya dah lama tak nampak abang senyum ... '' Aku rindu akan senyuman suamiku yang sentiasa menenangkan aku .
Dia terus tertawa dan membuat mukanya seperti dulu .
Aku juga tertawa kuat .
'' Jom, back to normal . Jangan anggap Zayyad sebagai alasan kita untuk jadi macam ni .. '' Fayyadh seakan memberiku semangat dan kembali seperti dulu.Aku memegang tangannya dan bersetuju .
'' Baba , teacher cakap minggu depan Mimin cuti .. '' Yasmin yang dijaga di Taska mengetahui yang dia akan bercuti minggu hadapan .Aku dan Fayyadh tidak terfikir langsung untuk membawanya pergi bercuti .
'' Nanti kita pergi bercuti rumah Ummi Auni nak ?'' ajakku .
Fayyadh memandangku lalu tersenyum .
Aku menyuap bubur ke mulut Zayyad yang semakin aktif .
Kami tidak lagi menganggapnya sebagai pesakit sindrom Nefrotik . Tapi kami menganggapnya sama seperti Yasmin .
'' Saya rasa , tak memudaratkan pun kalau encik bawa anak encik ke luar negara . Cuma mereka lebih sensetif dan perlu sedikit pantauan yang terperinci .. '' Doktor Alif yang mengetahui keadaan Zayyad dari kecil memberi surat keizinan kami untuk membawa Zayyad ke luar negara .Kami mengucapkan terima kasih kepadanya .
'' Uncle tahu , Zayyad kuat kan ? '' Dr Alif yang tidak lagi menggelarnya dirinya Doktor . Dia seakan berat mengizinkan Zayyad pergi namun dia tahu kemampuan Zayyad .Kami akan bertolak ke Mesir seawal 4 pagi esok . Biarlah Yasmin dan Zayyad menikmati hari kanak-kanak mereka disana .
Permudahkan urusan kami Ya Allah . Kuatkan putera kami , Zayyad .
Teguhkan diri Puteri kami , Yasmin .
No comments:
Post a Comment