Tuesday, 16 January 2018

Part 16

" Baba , nak tu .. '' Yasmin Athirah yang kini sudah berusia empat tahun .
Fayyadh Zayn , suamiku tercinta yang sentiasa ada bersamaku dari dulu .

" Baby baba nak sekolah tak ? '' Fayyadh yang terlalu memanjakan Yasmin , kalau semua dia nak bagi .
Aku hanya memerhati mereka yang sedang membina istana dari lego .
Yasmin hanya menggeleng kepalanya .
Sekarang aku dan Fayyadh sedang mengawal pemakanan Yasmin .
Berat Yasmin dah tak seimbang dengan usianya . Baru empat tahun sudah mencecah 25 kg beratnya .
 Mungkin sepertiku waktu kecildulu . Sekarang masih juga , tapi tak apalah . Dapat suami handsome juga .

" Saya nak makan Sushi lah abang .. '' aku yang tengah melukis pemandangan Seoul tiba-tiba saja berhenti .
Fayyadh memandangku dengan penuh keraguan . Dia mengira jari-jarinya .
''Okeylah . Yasmin pun dah empat tahun . Dah boleh dah .. '' sindirnya .
Aku terus menuju kearahnya dan Yasmin .

" Apa awak cakap? '' aku mencubit pipinya .
Fayyadh hanya tertawa sambil menahan sakit .
Dia tidak banyak berubah . Masih dengan rambutnya yang rapi itu .
'' Yasmin nak adik tak ? '' soal Fayyadh pada Yasmin yang sibuk bermain .
Yasmin tidak terus menjawab . Dia seakan tidak mendengar soalan babanya .
Aku mentertawa Fayyadh .

" Yasmin nak adik boy , boleh tak baba ? '' Yasmin yang tiba-tiba datang kearah Fayyadh dan menekup pipi babanya .
Amboi ! siap request . Hahahaha

Fayyadh melirik mata kearah ku .

" Alah sayang . anak dah minta tu .. Boy katanya . '' aku sekali lagi mencubitnya .

Bukan taknak anak , namun buat masa sekarang sementara belum ada aku ingin mencurahkan sepenuh perhatianku pada Yasmin Athirah .
Aku bukan mengidam , dah memang kalau tengah period ni tak hairanlah kalau ada saja nak dimakan .
Aku bukan seorang yang sikit-sikit nak manjakan anak . Cara aku seperti bonda . Manjakan anak ada caranya . Kalau aku tegas , Fayyadh yang memanjakan Yasmin.
Aku akan menghantar Yasmin dirumah bonda bila ada urusan yang hendak diurus di Galeri ku . Fayyadh juga masih mengajar di sekolah menengah lamanya . Namun dia kini tidak lagi berpanas melatih budak-budak . Dia hanya meninjau mereka kerana dia kini menjadi Penolong Kanan KOKUM .
Sayang , Abang datang ambik sayang okay . ;)
Fayyadh mengirim pesanan kepadaku . Bukan selalu dapat dating berdua .
Aku mengemas beg tanganku . Selongkar punya selongkar , ternampak pula Keychain yang ada gambar kami bertiga dulu . Tiba-tiba teringat negara keduaku .
Cepat saja Yasmin besar . Tahun depan dah sekolah .

Mesti anak-anak dia orang pun dah besar ..

'' Abang , jom tengok wayang ? '' aku memegang tangan suami tercinta .
Dia menarik hidungku .

" Ambil kesempatan ek . Mentang-mentang Yasmin takde . '' dia terus memimpinku ke Golden Cinema Screen .
Aku hanya tertawa manja . Sebenarnya masa mengandungkan Yasmin dulu , aku selalu tengok wayang dengan pembantuku , Maisara . Tapi bila Fayyadh free , memang dialah teman aku .
Cerita baru ini memang meruntun ragaku . Sudah lama rasanya tidak menangis , Walaupun sudah menjadi mama orang , aku masih mudah menangis melihat cerita-cerita macam ni .
" Sayang , dont cry ,please . '' Fayyadh bisik kepadaku sambil mengenggam erat tanganku .
Gila tak nangis . Cerita ni berkisahkan suaminya meninggal bila lahirnya anak mereka .
Sedih !

Keluar panggung dah bengkak mataku . Kami merancang hendak pulang ke rumah. Namun bonda menghantar kiriman kepadaku yang dia mengajak Yasmin ke majlis ulangtahun rakannya .

Mungkin inilah peluang kami . Aku juga hari ini benar-benar ingin meluangkan masa dengan suamiku .
Aku hanya memakai baju kurung berwarna kelabu dan tudung bawal berwarna hijau . Sudah jiwaku dengan bawal .
Fayyadh hanya mengenakan outfit casual berwarna kelabu . Kami memang merancang awal pagi tadi nak pakai baju sama warna . Sweet kan?
'' Rasa macam masih bujanglah , yang . '' Fayyadh memilih lagu semasa kami dalam KBOX .
Laki bini suka nyanyi .
Aku hanya tertawa . Rasa janggal tanpa Yasmin .

Thanks Yasmin , faham mama dengan baba . Hahahaha
'' Abang nyanyilah lagu tu .. '' aku terlupa tajuk .
Fayyadh memandangku .
" Lagu apa ? '' soalnya .
Aku seakan bersungguh-sungguh cuba mengingat .
" Apa ek ? '' aku pula bertanya .
Fayyadh tertawa dan terus mencari lagu .

Aku pula terus saja mencari tajuknya .

Telah habis sudah cinta ini
tak lagi tersisa
untuk dunia
kerna telahku habiskan cintaku hanya untukmu .

Fayyadh menyanyikan lagu Surat Cinta Untuk Starla . Aku benar-benar terharu mendengar nyanyian ikhlasnya . Rasa macam tengah couple .
'' Yasmin dah tidur ke ? '' soalku pada bonda .
Lama juga kami bersama hari ini , dari 3 petang sampai 10 malam .
Yasmin dah besar , dia tidak lagi mencari aku dan Fayyadh .

" Dah , balik tadi dia terus tidur .. '' jawab bonda .

Bonda akan tinggal bersamaku buat masa sekarang , kerana aku akan berada dalam Galeri ku sempena perasmian lukisan terbaruku yang mendapat banyak perhatian dari media dan negara luar . Alhamdulillah rezeki .

 '' Awalnya abang bangun .. '' aku yang masih dengan telekung turun ke dapur .
Aku malam tadi tertidur dalam bilik Yasmin ,sebab tu tak sedar suami sendiri bangun awal .
Dia sedang menyediakan sarapan kami . Mee goreng yang menjadi kegemaranku sejak bergelar isterinya .

'' Kenapa tak mandi lagi ni ? '' Fayyadh menghampiriku dan mencium dahiku .
Memang itu rutinnya setiap pagi .
Aku hanya duduk di meja makan dan  memerhatinya .
'' Morning baba , mama . '' Yasmin juga awal bangun . 
Tiba-tiba saja dia meluru kearah kami sambil memegang teddy bearnya .
Yasmin ni dahlah berat , nak pula duduk berpangku.

Fayyadh hanya terkadang-kadang datang dan mencium pipi Yasmin .
'' Kenapa Yasmin awal bangun ni sayang ? Nanti Yasmin kurus macam mana ? '' Gurau Fayyadh ..
Aku hanya mampu menahan ketawa .

" Mimin nak gemuk .. '' Yasmin menyahut dengan nada perlahan .
Mungkin dia terjaga sebab aku tiba-tiba saja tiada disisinya tadi.
Lenguhlah juga mengangkat Yasmin ni . 
Yasmin dari kecil lagi memang dah berbadan gempal . Kadang kalau aku dan Fayyadh sedang bergaduh manja , Yasminlah yang memujuk . Caranya mudah , Yasmin akan berdiri depan kami dan ketawa tanpa sebab .

Suaranya itu membuat aku dan Fayyadh sejuk hati , dan berasa seakan tidak seronok kiranya ketawa seorang .
'' Abang , nanti sayang balik dengan Maisara ek .. '' aku mencium tangannya . Syurgaku .
Dia pula mencium dahiku sambil mengusap lembut kepalaku .

" Okey , sayang apa-apa call tau . '' pesannya sebelum aku keluar dari kereta .
Hari ini merupakan hari perasmianku . Fayyadh tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat penting katanya .
Aku membiarkannya , dan memahami tugasnya sebagai seorang guru .
Benar , mereka adalah tulang belakangku . Suamiku , Bidadariku dan bondaku .
Ini merupakan impianku selama ini . Aku memang tidak sepenuh masa di galeri , namun pembantuku Maisara telah menjalankan tanggungjawabnya dengan begitu baik .
Selama dia berkerja disini , semua urusan siap mengikut masa .
'' Kak , hari tu ada orang cari akak . Tapi saya cakap akak takde . '' Maisara memberitahu kepadaku .
Seseorang mencariku ? Siapa ?

" Assalammualaikum Arfa . '' Auni Aliya yang sudah lama tidak ketemui .
Kami berpelukan seketika .
Aku melihatnya kini sudah berbadan dua . Alhamdulillah .
'' Dah lama tak jumpa awak .. '' aku mula berbual dengannya sebelum acara perasmianku bermula .
Dia hanya tertawa kecil . Lemah lembut sungguh .
" Saya dan Sufi menetap kat Mesir sekarang . Balik ni pun sebab ada urusan sikit . '' Jawabnya .
Aku merasa kagum dengan mereka berdua .
Banyak benda yang kami kongsikan.
" Dah lama tak jumpa Yasmin , nanti beri dia ni ek ..'' Auni menghulurkan hadiah buat Yasmin .
mereka memang selalu melawat Yasmin dulu .

Sebelum dia pergi , sempat juga dia memberiku alamat dan nombor telefonnya .
InsyaAllah suatu hari nanti kami akan ke sana .
'' Yasmin sayang ummi tak ? '' soalku pada Yasmin yang berusaha sungguh membuka pembalut hadiah itu .
Dia hanya mengangguk . Dia sangat teruja bila mendapat patung Hello Kitty yang besar dari ummi Auni nya. Yasmin pasti menyayangi mereka seperti dia menyayangi kami .
'' Congratulations sayang . '' sejambak bunga rose putih dihadapanku .
Siapa lagi kalau bukan Fayyadh . Dia terus berbaring diriba ku .
Penat agaknya . Aku mengusap rambutnya sambil menceritakan tentang kedatangan Auni tadi .
Dia juga teruja kerana mereka masih ingat kepada kami .

'' Abang ,next week saya nak pergi Sarawak tau .. Nak buat promotion galeri baru sana .'' aku meminta izinnya sebelum membuat keputusan sendiri .

Fayyadh okey , dia tahu aku macam mana . Dia akan mengambil cuti dan menjaga Yasmin tanpa bantuan sesiapa .
'' Abang dah access kan CCTV rumah ni dalam telefon sayang . Nanti apa-apa sayang tengok je . '' dia menekup pipiku semasa aku mengemas barang untuk dibawa ke Sarawak .
Malam itu Yasmin tidur bersama kami . Menangis juga dia taknak tinggal , namun Fayyadh pandai memujuk . Itulah kelebihan babanya .
'' abang jaga diri baik-baik tau . Jangan nakal-nakal . '' aku pula menekup pipinya di hadapan balai berlepas .
Yasmin aku kucup berkali-kali . Dia tidak menangis , namun hanya mulutnya saja berbentuk C .
Aku mencium tangan Fayyadh dan meminta restunya .
Satu ciuman yang akan rindui untuk seminggu ini hinggap di dahiku .

I love you abang .
'' Sayang , baju tidur Yasmin kat mana ? '' soal Fayyadh melalui video call.
'' Abang okey tak ni duduk seorang-seorang ? Yasmin buat hal tak ? '' soalku sambil melihat dua wajah yang aku rindui .
'' Mama , Mimin tak nakal . Baba je nakal . '' Yasmin memegang pipi babanya . 
Fayyadh terus tertawa sambil menafikannya . Konon-konon meminta Yasmin untuk diam .

" Abang jangan macam-macam ek . Saya tak balik baru padan muka . '' Aku mengugutnya sambil tertawa melihat aksi Yasmin .
Ya Allah rindunya budak gemuk ni .

'' Kak , sihat tak ni ? '' Maisara tiba-tiba saja menerpaku yang merasa pening .
Aku hanya mengangguk dan cuba merehatkan diri .
Dua minggu tanpa rehat itulah sebabnya .
Sia-sia saja aku ke sini kalau tak buat apa-apa . Tapi tidak mengapa , Maisara ada .
Hei ,kau kat Sarawak ke ? Jumpa jom .
Mesti Fayyadh yang memberitahu Edrea tentang kedatanganku disini .
Aku jumpa hampir lupa yang Edrea bertugas disini .
Namun aku tidak berdaya untuk menemuinya .
Aku hanya berkongsi lokasi melalui whatsapp .
Setengah jam kemudian , Edrea dah terpacak depan hotelku .
" Kau kenapa ? sakit ke ? '' soal Edrea sambil memegang kepalaku .
Aku menafikan.
Edrea sejak kami sama-sama belajar lagi memang pantangnya aku sakit .

" Jom pergi klinik lah .. mana tahu kau kena denggi ke apa ke . '' dia memimpinku .
Tiba-tiba gelap rasanya pandanganku .
'' Good night Puan . '' sapa jururawat .
Aku berasa sangat pening dan loya . Aku memandang kearah jam dinding jam8 malam .

" Puan kat Hospital . dah 2 hari pun tak sedar. '' jelas jururawat tadi yang sedang mengganti air yang digantung .
Apa ? Dua hari ? Jadi macam mana dengan galeriku ?
Aku mula cemas .
Namun jururawat itu menenangkan aku .
'' Assalammualaikum sayang . '' Fayyadh masuk kedalam bilik kelas pertama itu dengan wajah yang ceria .
Aku terus mencium tangannya . Dia juga mengucup dahiku .
" Dah okay dah ? '' soal Fayyadh sambil mengusap kepalaku .
Aku hanya mengangguk  .
Yasmin sekali lagi tinggal bersama bonda . Fayyadh terus flight ke Sarawak setelah mendengar berita dari Edrea dan Maisara .
Galeriku diatur oleh Maisara dan dibantu sedikit termampu oleh Noah atas permintaan Edrea .
'' Thanks again sayang . '' Fayyadh mengusap perutku .
Aku keliru . Namun tidak berdaya untuk bertanya .
'' Puan pregnant 2 months . '' Jururawat tadi mengucapkan tahniah sambil memberitahu yang aku hamil lagi .
Two Months ? Kesiannya anak aku . Aku hampir saja mencederakannya dengan sibuk mengatur Galeri hingga kesihatanku hampir terjejas .
Patut saja haid ku tidak pernah banyak sejak akhir-akhir ini .

Doktor ada cakap , seawal sebulan hingga dua bulan ada sesetengah ibu yang masih didatangi haid .
Fayyadh mengusap perutku sepanjang kami dalam kapal .Dia memalingkan wajahnya di tingkap . Aku mendekatkan kepalaku di bahunya dan berbaring .
Sampai saja di Kuala Lumpur , Yasmin terus memeluk kami berdua .
Aku perlu cuba untuk tidak membuat Yasmin merasa disisih .
'' Mama , semalam Mimin mimpi ada adik . '' Aku dan Fayyadh terus berpandangan semasa kami selesai solat Isyak .
'' Lepas tu apa jadi , sayang ? '' Soal Fayyadh dan memeluk Yasmin .
Aku tak larat angkat Yasmin . Lenguh pinggangku .
'' Adik Mimin nangis lepas tu ada lelaki datang ambil adik . '' Hatiku terasa lain dan terus memandang Fayyadh .
Fayyadh memelukku .
 '' Dont worry . Mainan tidur je .. '' seakan Fayyadh tahu apa yang aku fikirkan .

Kali ini aku tidak seperti mengandungkan Yasmin .Kali ini aku rasa lemah dan hanya ingin berbaring .
Mual dan loyaku juga semakin teruk .
Pernah aku bermalam di hospital kerana tidak lalu makan dan gastrik.
'' Aku tengok kau ni macam pucat je ..'' Amani yang datang melawatku dirumah .
Dia sekarang menetap di Malaysia . Anaknya juga sudah besar .

''Aku okey , tapi macam tak bestlah feel dia .. '' jawabku .

Aku akan ulang alik ke klinik untuk memeriksa keadaan bayi . Kadang macam tak bergerak walaupun dah masuk 7 bulan .
'' Abang tahu sayang kuat hadapi semuanya . Kita sama-sama hadapinya okey ? '' Fayyadh cuba menenangkan aku setelah doktor mengesahkan bahawa anak kedua kami berisiko untuk lahir .
Sudah 7 bulan saiznya tetap sama . Kesihatanku juga sedikit sebanyak terkesan dengan keadaannya dalam rahimku .
Aku seakan tidak mampu menelan banyak makanan , kerana loya .
Ini bukan morning sickness , tapi inilah pengorbanan seorang ibu .
'' Abang , kalau jadi apa-apa abang jaga Yasmin dan baby okey ? '' aku memberinya pesanan bila doktor akan melahirkan anak ini dengan cara bedah . Walaupun usianya baru 7 bulan , namun hanya itu yang terbaik .
Fayyadh sekali lagi menangis . Dia mengusap perutku dan mengucupnya .
" Sayang baba , tolong mama ye . ''
Aku pula tidak menangis . Dulu sewaktu melahirkan Yasmin menangis kerana terlalu gembira , tapi kali ini kerana risau .

Sayang please be strong for baba , mama and your sister .

Hatiku tersentuh melihat Fayyadh merangkul tubuh kecil yang seperti botol mineral itu . Dia belum cukup matang , namun kami mengambil kesempatan ini untuk menciumnya sepuas hati sebelum dia dimasukkan kedalam bilik khas .
Hanya kadang-kadang dia akan dihantar kepadaku untuk disusukan .
'' Sayang nak bagi nama apa dengan baby ni ? '' soal Fayyadh .
Kini giliranku .

'' Muhammad Zayyad Ar-Athif bin Muhammad Fayyadh Zayn . '' aku menyebutnya sambil meletakkan hidungku ke dahinya .
Nama yang aku cari setelah aku mengetahuinya lelaki .
Bermaksud Hidup Belas Kasih .
Nama sempena kehadirannya yang hampir saja tidak dapat diselamatkan . Namun mendapat belas kasih dari Allah SWT .
Doktor mengizikan kami membawa Zayyad pulang ke rumah . Namun keadaannya tidak sama seperti kanak-kanak lain .
Dia tidak seaktif bayi lain . Namun kami akur dan terima seadanya .
Ini merupakan anugerah untuk kami berdua , dan cabaran untuk kami sama-sama hadapi .
Zayyad istimewa . Dilahirkan pra-matang namun tetap comel dimata kami . Dan menjadi kesayangan kakaknya .
Sejak dia lahir , aku benar-benar menumpukan perhatian kepadanya . Yasmin seakan memahami keadaan adiknya . Aku dan Fayyadh berulang alik ke Hospital hinggalah umurnya mencecah 4 bulan .
Disitu dia semakin menunjukkan cirinya yang istimewa . Walaupun menurut doktor Sindrom Nefrotik ini akan dapat dilihat ketika kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun , namun Zayyad telah menunjukkan simptom seawal 4 bulan .
Setiap malam aku dan Fayyadh membacakannya ayat al quran , semoga dia menjadi anak yang soleh walaupun keadaanya yang begini .
Benarlah mimpi Yasmin . Adiknya merupakan malaikat kecil yang diturunkan kepada kami.
Zayyad menghidap Sindrom Nefrotik dimana tubuhnya akan perlahan-lahan bengkak , perutnya membuncit dan matanya sepet .
Ia bukan keturunan , ia jarang terjadi . Namun inilah peluang kami untuk mencari peluang ke Syurga . ANAK ISTIMEWA .

Zayyad , mama sayang Zayyad .  Baba sayang Zayyad . Kakak sayang Zayyad . Jangan malu dengan diri Zayyad . Mama dan Baba ada sampai bila-bila . Zayyad Istimewa sayang . We Love You . 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment