Wednesday, 17 January 2018

Part 18

Alhamdulillah , perjalanan kami dipermudahkan atas izinNya .
Kami tiba di Lapangan Terbang Cairo , Kaherah setelah beberapa lama dalam kapal . Fayyadh menelefon Isyraq dan memberitahu tentang ketibaan .

Mereka menjemput kami . Auni paling gembira melihat kami . Anak mereka Ummu Mariam juga semakin besar . Rupanya sama seperti Isyraq .
Auni terus mendukung Zayyad dan mengucupnya tanpa rasa geli dengan wajahnya putera kami yang bengkak-bengkak itu .
'' Nanti Ummi bawa Yasmin makan aiskrim .. '' ajak Auni yang mendukung Zayyad dan memimpin Yasmin .
Ummu Mariam sedang lena dibahu walidnya .
'' Lama kami tunggu kau orang datang .. '' Isyraq memecahkan kesunyian dalam kereta .
Fayyadh yang duduk di hadapan hanya tertawa dan mula menceritakan masalah yang kami hadapi .
Auni terus mengusap bahuku .
'' ALLAH sayang awak .. '' hanya itu dia mampu katakan .
Zayyad terkadang seakan sukar untuk bernafas . Mungkin sebab pipinya yang bengkak itu menutup sedikit demi sedikit lubang hidungnya .
Namun Dr Alif telah memberi kami alat pernafasan untuk Zayyad .
Rumah mereka sangat besar hingga Yasmin gembira bila dapat berlari-lari . Auni sangat suka dengan kanak-kanak .Dari Yasmin kecil lagi ,dia memang sudah rapat dengan Auni .
Bilik yang mereka sediakan sangat selesa dengan tilam yang lebar dan panjang .
Kami berehat seketika sebelum berjalan-jalan melihat keindahan Mesir .
'' Mama .. '' Zayyad bersuara .
Aku dan Fayyadh bergegas menuju katil . Itu adalah perkataan pertamanya disini . Sungguh aku terharu mendengarnya hingga menitis airmataku .
Sekejap lagi Zayyad akan genap setahun .

'' Abang nak tengok sayang pakai ni .. '' Fayyadh memberiku sehelai niqab .
Aku tahu , dia ingin menjagaku dari di pandang orang lain . Kebetulan disini memang berhabuk dan aku memang mudah selesema .
Aku memakainya atas bantuan suamiku .
Sepanjang perjalanan , Auni tidak henti-henti memujiku . Yasmin juga sekali sekala membelek niqabku .
" Mimin takut salah mama .. '' Jawabnya bila ditanya .
Zayyad juga tidak ingin menyusu kalau aku berniqab . Dia ingin melihat wajahku baru dia menyusu .

Destinasi pertama kami Masjid Muhammad Ali , masjid yang sangat unik dan penuh bersejarah .
Disini Fayyadh yang banyak mengambil foto . Tidak pernah aku melihat suamiku segembira itu .
Seterusnya kami pergi Piramida Keops . Yasmin berlari bersungguh-sungguh disebalik pasir itu . Terkadang rasa seperti dalam cerita Ayat-ayat cinta .
Maafkan bila ku tak sempurna ..
Cinta ini tak mungkin ku cegah ..
Cintaku padamu ..
Aku bernyanyi sambil mengusik Fayyadh .
Dia terus merangkul leherku sambil melihat keindahan Mesir .
Rasa ingin saja aku tinggal disini .

Sebelum pulang ke rumah , kami singgah di sungai Nil . Zayyad yang sedang tidur di bahuku , aku kucup berkali-kali . Yasmin juga yang tidur dipeluk rapat Fayyadh .
'' Sayang , I love You ... '' hanya itu yang terluah oleh Fayyadh sewaktu kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam di hadapan sungai Nil .
Indah dari bayangan . Airmataku menitis dan seakan tidak percaya akan hadiah yang Allah beri kepada kami . Aku dikurniakan suami yang sentiasa sabar dan menyayangiku Serta anak-anak yang seindah Yasmin dan Zayyad . Mereka hidupku .
'' Sayang tak nak kehilangan abang .. '' aku meletakkan kepalaku di dadanya .
Dia merangkul lenganku kemas . Sesekali aku terpandang Isyraq dan Auni yang sibuk bermain dengan Ummu Mariam .
Aku juga ingin seperti mereka . Sentiasa bahagia .
'' Confirm ke kau dah nak balik ? '' Isyraq bertanya pada Fayyadh .
Kami merancan untuk teruskan percutian ke Seoul dan seterusnya ke Yogyakarta . Bukan selalu dapat peluang macam ni . Sudah pasti kami akan gunakan sebaik mungkin .
Perjalanan ini memang memenatkan . Namun Zayyad kelihatan aktif dan tidak seperti dulu lagi .
Dia juga sama seperti Yasmin , gemar bermain salji .
Ha-Neul dan Fayyadh yang memerhati Zayyad yang berlari-lari .
Shayyidah dan Yasmin pula hanya bermain masak-masak ditepian . Aku dan Safiyya hanya melihat gelagat mereka .

'' Jauh kau flight dari Mesir ke sini .. '' sergah Safiyya .
Aku menarik nafas panjang dan tersenyum .

" For you .. '' jawabku sambil mengelipkan mata .
Safiyya terus tertawa . Sinilah tempat kami lepak dulu . Sekarang tempat anak lepak.

" Zayyad dah besar kan ?seronok aku tengok dah makin aktif dia .. '' Safiyya juga nampak perubahan Zayyad . Aku hanya mengangguk .

Malam pertama kami di Seoul tiada yang berbeza . Cuma Zayyad yang seakan sukar bernafas , Mungkin selesema . Kami ada menelefon Dr Alif dan dia katakan ia normal .
'' Kami pun nak pergi Yogyakarta . Apakata kita pergi sekali ? '' ajak Safiyya . Ha-Neul juga mengatakan benda yang sama kepada Fayyadh .
Kami terlebih teruja dan terus saja cancel 3 hari disini .
Dari kami bujang sama-sama di Seoul , apa salahnya kalau kami memendekkan masa dan terus keYogyakarta .

Dean teramat teruja bila mengetahui kedatangan kami . Pasti ini yang dia idamkan dari dulu .
Amani dan Edrea saja tiada .
Tidak habis-habis naik flight , sekarang kami tiba di Lapangan Terbang Yogyakarta , Indonesia .
Dari kejauhan kami telah mendengar jeritan Dean .

" Ya Allah dah gemuk dah kau Dean .. '' usik Safiyya .
Dean memandangnya dengan wajah geram .

" Kau tunggu jap . aku belikan tiket kau balik Seoul .. '' Dean berpura-pura ingin ke balai tiket .
Kami hanya tertawa melihat gelagat mereka .

Malam itu kami dihidangkan nasi padang yang sedap . Aku memang hantu Sate daging . Yasmin juga sama , kami berdua saja boleh habis 100 cucuk .
Dah jangan tanya kenapa badan Yasmin gedempol .
'' Yang , nak tu .. '' Fayyadh menunjuk kearah sate daging di hadapanku .
Yasmin terus mengalihkan sate itu .

" Mama punyalah baba .. '' Pecah gelakku melihat telatah anak perempuanku .
Fayyadh mencubit pipi Yasmin .
Zayyad sejak kami tiba sini , suhu badannya tiba-tiba naik . Dia tidur dalam pangkuan babanya .
Kesian Zayyad , menjadi tumpuan orang sekeliling . Namun kami tidak sama sekali malu .
Aku terharu melihat Fayyadh yang sudah lenguh tangannya mendukung Zayyad .

Malam kami disini diisi dengan gurau senda . Apa tidaknya , Dean dan Safiyya memang tidak boleh jumpa . Ada saja kerja mereka .
Aku masuk kedalam bilik awal dari mereka . Aku melihat Fayyadh sedang membacakan ruqyah kepada Zayyad .
Badannya belum surut dan kami mula risau .
Sekitar tiga pagi , Zayyad menangis dengan kuat .  
Mereka yang lain turut terjaga . Zayyad seakan kesakitan dan kami tidak tahu ingin berbuat apa .
Ferral terus saja membawa kami ke Hospital yang berdekatan .
Yasmin tidur dalam pangkuanku semasa Zayyad dalam pemerhatian doktor .

Fayyadh tidak henti-henti membacakan ayat suci al-quran . Kami tidak tahu kenapa dengan putera kami . Ferral dan Ha-Neul juga kelihatan gusar . Dean dan Safiyya memelukku .
Anak-anak mereka telah tidur dan ditinggalkan dirumah bersama orang gaji Dean .
'' Keluarganya Adik Muhammad Zayyad ? ''' sapa Doktor yang memeriksa Zayyad tadi .
Kami terus meluru dan mendengar penjelasan doktor .

'' Sebaiknya , Zayyad di hantar pulang ke Malaysia . Karena apa yang kami lihat kondisinya lemah disebabkan dia menghidap pneumonia atau radang paru-paru . '' jelas Doktor tersebut .

Sekelip mata saja kebahagiaanku hilang . Aku terus tersungkur dan seakan tidak percaya .
Sebalik ketawanya , Zayyad menderita .

'' Ya allah abang , kenapa ? apa salah Zayyad ? '' aku tidak dapat menahan airmataku .
Yasmin mengucupku berkali-kali . dia juga sedih walaupun tidak tahu apa yang terjadi .
Fayyadh juga turut menangis namun dia masih juga memintaku sabar .
 '' Sabar sayang ... ingat Allah .. '' Fayyadh mengucup kepalaku berkali-kali . Aku memeluk Yasmin sekuat hatiku .
Aku berbaring di bahu Dean . Aku seakan lemah dan terasa nyawaku juga sudah jauh dari jasadku .
Zayyad sedang diurus untuk di hantar ke Malaysia . Fayyadh yang akan menemaninya .

Dean dan Safiyya juga bersamaku pulang ke Malaysia . Mana mungkin mereka sanggup melihatku bersendirian .
Sampai saja di Malaysia , kami terus ke hospital . Dr Alif juga seakan sedih melihat keadaan Zayyad .

'' Kita tak dapat buat apa-apa . Kecuali Zayyad perlu dibedah .'' Dr Alif menyuarakan jalan yang terbaik .
Aku menangis dalam dakapan Fayyadh . Sungguh aku lemah melihat anakku di lakukan seperti itu . Mulutnya disumbat pelbagai hos yang aku tidak tahu gunanya.
Setiap kali aku melihatnya , dia akan menangis tanpa suara .

Terasa sakit hatiku bila mendengar dia menyebut " Kit ' .. dia seakan cuba memberitahu kami yang dia kesakitan . Mata nya juga semakin sembab akibat menangis .
Fayyadh juga tidak henti-henti menangis melihat keadaan Zayyad .

Yasmin dijaga oleh bonda . Aku akan menjaga Zayyad waktu pagi hingga petang dan Fayyadh akan menjaganya hingga ke subuh sebelum pergi ke kerja .
Seminggu terlantar , Zayyad masih seperti itu .
Happy Birthday Sayang . Mama , Baba dan Kakak Mimin sayang Zayyad .
Genap sudah setahun usia Zayyad , bermakna sudah setahun dia menderita sakitnya .
Hatiku seakan terasa sebak melihatnya yang dulunya ceria namun kembali seperti dirinya masih bayi .
Aku dan Fayyadh bermalam di Hospital sempena ulang tahun pertamanya .
Kami hanya mengaji dan tidak tidur untuk menemaninya .
Percutian kami bertukar menjadi kedukaan yang kami tidak pernah bayangkan .
'' BA ,, MA '' Suara Zayyad kedengaran walaupun tidak jelas . 
Dia menangis sambil menyebut kalimah pertama itu . Fayyadh menangis setelah mendengar Zayyad menyebut Ba .
sungguh itu yang dia ingin dengar .
Dr Alif dan pembantunya datang tiba-tiba kerana Zayyad dalam keadaan yang nazak .
Aku dan Fayyadh diminta keluar namun aku enggan . Aku ingin menatap wajahnya .

Zayyad seakan menahan kesakitan sambil memandang ke arah ku .

" Pergilah sayang .. Mama dan baba redha .. pergilah..Mama sayang Zayyad .. '' aku berbisik kepadanya walaupun terasa berat yang teramat .

Zayyad menghembuskan nafas terakhir diusianya yang setahun . Aku tidak ingin melepaskannya pergi , namun cukuplah Zayyad menderita selama ini .
Aku dipimpin keluar oleh jururawat dengan langkah yang longlai .
'' Anak encik tak dapat kami selamatkan .. Maafkan kami .'' Dr Alif terus melangkah meninggalkan kami .
Fayyadh terus tersungkur . Aku berpaut pada Fayyadh .
Sungguh hancur hati kami kehilangan Zayyad yang dipinjam setahun untuk kami .
Jenazahnya dipimpin oleh Fayyadh , Ha-Neul , Dae Hyeon dan Ferral . Noah juga ada membantu untuk menimbus tanah .
Aku tidak melepaskan Yasmin dalam dakapanku .
'' Mama , kenapa adik kena tanam? '' soalan Yasmin yang aku tidak mampu jawab .
Aku masih terkejut dengan kehilangan ini .

" Adik jumpa Allah sayang .. '' jawab Fayyadh yang memelukku setelah semua sudah pulang .
Tinggal kami bertiga meratap pusara Zayyad yang masih merah .
Zayyad dipinjamkan seketika untuk kami . Dulu lahirnya sekecil botol mineral namun semakin hari semakin membesar. Mungkin itulah tanda-tanda dia akan pergi . Bila dia menggembirakan orang sekelilinginya dengan tawa dan senyumannya .
Selamat tinggal sayang..........
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment