Thursday, 18 January 2018

Part 19

'' Allah lebih menyayangi Zayyad . Kau sabar okey . '' Dean memelukku sebelum mereka berlepas ke Yogyakarta . 
Aku seakan tidak percaya bila melihat baju-baju Zayyad yang tersimpan dalam almarinya . Seakan terlihat wajahnya yang ceria itu .
Sungguh , rinduku padanya tiada hujungnya .Aku memeluk bajunya dan seakan terhidu baunya yang menenangkan itu .
Tiga bulan aku tidak keluar rumah . Seakan tidak percaya aku telah kehilangannya selama ini . Seperti baru kelmarin aku melahirkannya , kini dia sudah tiada .
'' Sayang , jangan macam ni .. Kita kena redhakan pemergian Zayyad . Doakan dia tenang disana . '' Fayyadh memelukku setelah selesai menunaikan solat isyak .
Aku akan menangis setiap malam . Di setiap kehancuranku , disetiap tangisanku hanya Fayyadh yang melihatnya .

Aku bukan tidak redha dengan pemergiannya , namun aku rindu padanya .
'' Saya rindu Zayyad abang .. Rindu gelagat dia , rindu susukan dia . '' aku benar-benar tidak kuat hadapi semua ini .
Fayyadh juga turut sama menangis . Dia mengenggam tanganku erat .

'' I'm with you Sayang .. Abang ada disini dengan sayang .. Sampai bila-bila . '' Fayyadh mengelap airmataku dan terus mengucup dahiku .
Hanya itu penenangku .
Malam itu aku mula mencari diriku yang telah terkubur bersama puteraku . Aku dekatkan diri pada yang Satu . Semoga aku dikembalikan ke dunia ku .
Fayyadh telah mencari rumah baharu yang berhampiran dengan pantai . Belakangnya pula perkampungan orang asli .
Aku merasa tenang disini dan mula pasrah dengan takdirku .
Yasmin juga sudah bersekolah . Dia mengikuti Fayyadh setiap pagi dan pulang petang . Itulah rutin Fayyadh semenjak aku berubah menjadi seorang ibu yang pendiam .

Yasmin seakan kurang mendapat perhatian dariku . Aku sedar akan itu , namun emosiku masih terganggu .
'' Baba , mama tak sayang Yasmin ek ? '' Puteriku bertanya sewaktu Fayyadh menggosok pakaian sekolahnya .
Terhenti Fayyadh dan terus memeluk Yasmin .  Aku hanya medengar perbualan mereka . Seakan aku gagal menjadi ibu kepada Yasmin .

Aku terus ke bilik tidur dan cuba melelapkan mata .

'' Awal sayang bangun.. '' Fayyadh menyapaku dari belakang .

5 pagi tadi aku terjaga dan terus menyiapkan sarapan mereka . Sudah lama rasanya aku mengabaikan tanggungjawabku .
Yasmin juga belum bangun . Fayyadh ingin mengejutkannya , namun aku melarangnya .
Aku mengejutkan Yasmin dari lenanya. Sungguh berbeza Yasmin pagi ini . Dia kelihatan lebih bersemangat dan ceria .

Fayyadh juga tersenyum melihatku .
Ya , aku perlu berubah . Aku masih ada Yasmin .
'' Tengah hari nanti mama ambil Yasmin okey ? '' aku mencium pipiinya yang gebu itu sebelum dia berangkat ke sekolah .
Fayyadh juga mengucup dahiku dan mengucapkan terima kasih .
Aku mengenakan baju blouse berwarna putih dan long skirt berwarna hitam . Aku menyarungkan tudung bawal berwarna putih yang dihadiahkan oleh suamiku dulu .
Hari ini aku akan memulai hidup baru aku . Aku perlu kuat dalam menghadapi masalah .
ALLAH pilih aku .
Aku menghidupkan keretaku dan terus menuju ke galeri .

'' Assalammualaikum Kak . '' sapa Maisara yang terus memelukku .
Aku rindu padanya .
Aku lihat galeri ini telah berubah sedikit . Maisara menyatakan semua ini diminta oleh Fayyadh untuk mengubah galeri ini .
Mungkin Fayyadh tidak mahu aku semakin dihantui bayangan silamku .

'' Kak , saya dah jumpa pekerja . Tapi semuanya masih bujang dan bekas penuntut di Seoul juga . Sama macam kak Arfa .. '' Maisara yang aku menganggapnya seperti adikku sendiri bercerita dengan penuh perasaannya .
Aku teramat teruja untuk mengenali pelukis-pelukis dari Seoul . Senang cerita mereka merupakan Junior ku yang tidak sempat aku kenali .

Mereka kelihatan akrab dan menceritakan perihal mereka .  Aku seakan terlupa masalahku mendengar cerita mereka . Tidak jauh beza seperti kami dahulu .

Mereka bertiga menunjukkan hasil lukisan mereka semasa di Seoul . Aku bercadang untuk membeli karya mereka untuk dijadikan pameran dalam Galeriku .
Sungguh unik lukisan mereka dan membuat aku rasa dekat Seoul .
'' Kumpul semua staf , kita jumpa di bilik meeting sejam dari sekarang.. '' aku mengarah Maisara dan terus keluar untuk mengambil Yasmin dari sekolah .
Gembira sungguh Yasmin setelah melihat aku yang mengambilnya .Jarak sekolahnya dan galeriku tidak jauh dan hanya mengambil masa 15 minit kalau tidak jammed .  Aku membawanya pulang ke galeri dan membawanya makan bersama stafku yang lain .
 '' Saya nak this weekend kita ubah decoration gallery ni . '' mereka memandangku . Mungkin mereka fikir aku tidak suka dengan cadangan suamiku .
Aku menjelaskan bahawa aku ingin galeri ku dekat dengan Seoul . Aku ingin keadaannya seperti di Seoul namun aku masih menetapkan adat Malaysia disini .

'' Start from next week , semua perlu pakai baju kurung bagi melambangkan kesucian budaya kita . Yang lelaki , as long as sopan . Tapi jumaat kena pakai baju melayu . '' aku melihat kearah pekerja lelaki yang juga sama seperti Maisara .
Sangat pantas dalam membuat kerja.
Fayyadh mengetahui tentang keinginanku , dia membantuku untuk mengubah sekali lagi dekorasi galeriku yang sedikit sebanyak mempengaruhi hidupku.
Kami mengadakan majlis kecil-kecilan bagi Galeri ini . semoga dia terus berkembang .
Setiap pendapatan yang kami dapat , akan disalur terus ke persatuan Sindrom down Malaysia . Mungkin tidak sama seperti Zayyad . Namun mereka juga istimewa seperti Zayyad .
'' Abang happy sayang dah kembali macam dulu .. '' Fayyadh memelukku dari belakang . Aku memandangnya dan meletakkan hidungku ke hidungnya .
Kami redha dengan pemergian Zayyad . Kami tahu rezeki kami masih ada luas terbentang dihadapan sana .

'' Abang , jangan tinggalkan sayang .. '' dari dulu , hanya itu aku mampu katakan .
Fayyadh memegang pipiku dan menggeleng kepalanya .

" No sayang . Abang takkan tinggalkan sayang . '' aku lega mendengar kata-kata suamiku itu .
Dalam kesibukan aku mengurus galeri , aku tidak lagi mengabaikan Yasmin .
Kadang bila aku sibuk menyiapkan lukisan pemandangan perkampungan orang asli belakang rumah baru kami , Yasmin juga sibuk meniru lukisanku .
Yasmin dan fries Mcdonald tidak dapat dipisahkan .
Kadang dia hanya tertidur dalam pejabatku bila aku mesyuarat ..
'' Mama , ada auntie dalam office . '' Yasmin datang menghampiriku .
Aku memandangnya dan hanya mengikutnya .
Aku meminta Maisara meneruskan perbincangan yang selebihnya .

'' Weii ..bila kau sampai? '' aku berlaga pipi dengan Safiyya .
Dia baru sampai dari Seoul pagi tadi . Bahagia rasanya melihat sahabatku disini .

" Aku dan Ha-Neul akan tinggal kat Malaysia dah .. penat lah kat sana .. '' sergah Safiyya .
Akulah yang paling bahagia bila mendengar semua sudah ada di Malaysia .
Dean juga sudah berpindah ke Malaysia kerana Ferral ingin membuka kolam ikan keli di kampung Dean .

Aku dan Safiyya berbual panjang hingga semua masalah yang terbeban juga dapat aku lepaskan .
'' Nanti senang-senang , kau datang kampung aku .. '' ajak Safiyya yang sudah ingin berganjak.
Aku sudah pasti kesana bila berpeluang . Tunggulah cuti sekolah .
Malam itu aku dan Fayyadh bermain PS2 setelah Yasmin tidur . Maklumlah esok sabtu , lagi pun sudah lama tidak melayan karenah laki sendiri .
Aku masa kecil dulu bukan game masak-masak aku hadap. Game macam inilah . Bawa lori , tembak-tembak .

" Eee sayang .. tak baik tembak suami .. '' itulah saja ugutan Fayyadh bila aku mula menguasai permainan .
Memang seronok dapat suami macam Fayyadh .
Tidak cerewet . Makan apa saja dia okey .
Kami bercadang untuk melawat pergi ke kampung Dean . Aku mengajak Safiyya dan Amani untuk turut serta .
Kami akan gerak masing-masing dan akan bertemu di R&R untuk berkumpul . Terkejut gila kami bila tiba-tiba saja ada Edrea dengan keluarga kecilnya menyapa .

" Edrea dah bertugas kat KL lah .. dah dekat seminggu  .. '' Amani memberitahuku perkara yang disembunyikan Edrea dari kami .

" Kuang hajo perempuan ni .. ''aku seakan ingin mengetuk kepala Edrea .
Kami hanya tertawa dan mula bergerak ke rumah Dean .
Dean memang sejenis mudah teruja , sanggup dia berlari menyambut kami walaupun hujan masa itu .
kami terus berpelukan . Sungguh rindu pada mereka . Dean membawa kami masuk ke dalam rumahnya yang kemas dan rapi .
Tubuhnya kelihatan sedikit berisi . Mungkin cukup makan.
'' Kau macam mana ? ada plan nak menambah ? '' soal Dean pada ku .
Aku hanya tertawa dan memandang kearah Amani .

" Aku belum ada rezeki .. '' jawab Amani sambil memandang kearah lain .
Amani memang seorang yang pemalu . Namun kami tahu jauh disudut hatinya dia ingin .
Cuaca disini sedikit sejuk . Maklum saja terletak diatas bukit . Siapa saja tidak kenal perkmapungan Cameron Highland ?
Tapi Ferral ternak ikan , bukan tanam strawberi .
Entahlah hidup ke tidak .

Aku telah mulai hidup baruku dengan bantuan suami , anak dan rakan-rakanku ini . Tanpa mereka semua aku pasti gagal mencari diriku .

Kehilanganku ini telah mengajarku untuk lebih menghargai .
Akulah wanita terbahagia disamping suamiku dan puteriku .

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment