" sayang , okey tak ni?" Fayyadh merangkul pinggangku kemas.
Aku sekadar tersenyum dan mengusap pipinya .
Rambutnya yang sentiasa kemas itu membuatkan aku jatuh hati berkali-kali .
" Eh , sejak bila abang gunting rambut ni? " soalku bila melihat wajahnya seperti mula-mula aku mengenalinya.
Dia memperkemaskan rambutnya lagak Christiano Ronaldo dalam iklan shampoo CLEAR .
Aku seperti biasa , merosakkan mahkotanya.
" Abang nak sayang ingat masa mula-mula sayang hendap abang dulu ." dia menekap pipiku dari belakang .
Aku hanya mampu tertawa sambil memandangnya melalui cermin meja solekku.
Aku menoleh kearahnya dan memegang kedua pipinya.
" I love you abang . " hanya itu yang terluah saat aku jatuh cinta setelah melihatnya dengam wajah baru .
" I love you more sayang. " dia tersenyum .
Malam itu tiada yang dapat aku gambarkan perasaanku ..Tika Yasmin diulit mimpi , aku dan Fayyadh duduk di koridor bilik menceritakan peristiwa yang kami lalui selama ini .
Tentang pekasam perlis masih juga menjadi baham ketawa kami bila teringat .
Kisah arwah Aswad yang mengajar kami erti kesetiaan .
Paling sukar dilupakan , saat dimana Fayyadh membalingku dengan salji di pulau Nami dahulu.
" Abang rasa , Zayyad tunggu kita tak kat sana ? " entah kenapa tiba-tiba saja ingatanku teralih pada malaikat kami yang dipnjamkan seketika itu .
Fayyadh mengangguk dan meletakkan kepalaku di bahunya.
" InsyaAllah sayang. Kita doakan Zayyad tenang sana . "
Dia jika merinduinya . Aku tahu itu .
" Esok Ha Neul jemput kita datang rumah . Ada kenduri katanya . " Fayyadh menukar topik .
Aku kebingungan .
" Peeya tak cakap apa-apa pun ." jawabku.
Fayyadh hanya mengangkat bahunya.
" Jom tidur . " Fayyadh memandangku nakal .
Aku hanya menolak lembut mukanya . Lemah aku melihat matanya .
Nasib dah jadi suami ..
" Awalnya kau sampai Arfa oi .. " sergah Safiyya sambil berlaga pipi denganku .
Aku hanya menunjuk kearah Fayyadh .
" kalau nak diikutkan , lepas subuh lagi kami nak datang sini ." sampuknya dari ruang tamu.
Aku hanya menggeleng.
" Dean tak datang ke ? Amani , Edrea ? " soalku melulu.
Aku membantunya sedikit yang tahu di dapur .
" Datang . Kejap lagi lah tu . " jawab Safiyya .
Dia sibuk memotong daging Lembu dan ayam.
Kenduri kesyukuran ini dibuat secara kecil-kecilan saja dan hanya diraih oleh keluarga dan kawan terdekat saja .
HaNeul telah membukakan Safiyya sebuah restoren hasil daripada tabungannya dulu .
" Lepas ni buatlah COD ek. aku malaslah masak . Laki aku tu kuat sangat makan . " Dean mengeluh .
Safiyya memandang kearahnya.
" Yeke Ferral kuat makan ? aku tengok dari dulu sama je . Tak gemuk pun ." Safiyya menyindir.
Kami turut tergelak . Tapi betullah . Maintain walaupun kuat makan .
Dean juga tercuit hatinya . Mungkin baru dia sedar .
Amani kelihatan sedikit berisi. Mungkin cukup makan.
Edrea Pula semakin anggun . Mungkin sering jogging dan menjaga makan . Maklum saja , dia perlu sentiasa berkarisma di hadapan pekerjanya.
Selesai saja kenduri kami beransur pulang .
Aku masih dengan galeriku . Namun sepertinya tidak lama lagi aku akan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Bukan apa , biar saja kasih sayangku dan masaku dicurahkan sepenuhnya buat mereka.
Aku bercadang untuk menjual galeriku sebelum hari raya tahun ini.
Namun , Maisarah telah bersuara untuk tidak membenarkan aku menjual galeriku yang telah berkembang maju ini. Dia menyarankan untuk aku berehat selama yang aku mahu. dan semua tanggungjawab dia pikul .
Sungguh mulia hati Maisarah . Sungguh dia seperti adikku sendiri .
Kerjanya yang ikhlas itu menambahkan lagi seri galeriku .
Ramadhan hampir tiba. Aku sudah membeli kain-kain dari MUAZ untuk dijahit . Bukan apa , aku kena awal menempah pakaian dari sahabatku yang serba boleh itu , takut tempahan penuh.
Amani telah meluangkan masanya untuk menerima tempahan menjahit. Biarlah kali ini aku menjadi orang pertama menghantar pakaian kami sekeluarga.
Tema pilihan kami ialah , Merun dan biru .
Merun bagi belah keluargaku , dan biru bagi belah keluarga Fayyadh.
" Assalamualaikum .. " sapa dari luar.
Aku kebingungan dan cuba untuk bangkit dari pembaringanku di ruang tamu .
Aku menyahut.
Dean dan Safiyya datang menjengukku .
" Kau okey tak ni ? " soal Safiyya sambil mengipas shawl yang kemas di wajahnya.
Aku sekadar mengangguk .
Dean pergi ke dapur untuk mengupas buah yang mereka bawa.
Sejak akhir-akhir ini tubuhku tidak bermaya . Mungkin cuaca yang tidak menentu .
" Tadi aku jumpa Fayyadh dengan Yasmin jalan-jalan kat Mall , dia cakap kau tak sihat . " sergah Dean dari belakang.
Aku cuba menafikan .
Aku beruntung punya teman seperti mereka yang sentiasa risau tentang kesihatanku.
" Edrea ada bagitahu kauorang tak? " soal Safiyya pada aku dan Dean.
kami kebingungan.
" Apa dia ? " soal Dean.
Safiyya meneguk segelas air yang dibancuh Dean tadi .
" Weekend ni dia ajak lepak rumah dia . " jawab Safiyya .
Aku bersetuju begitu juga Dean.
Memang tak salah jika pergi ke rumah hujung minggu ni, sebab lagi dua minggu kami akan berpuasa .
Fayyadh pasti tidak menolak permintaanku ini.
“ Edrea ajak pergi rumah dia sabtu ni, abang nak ikut tak ?’’ Soalku pada suami tercintaku itu.
Pasti saja dia tidak menolak.
Mana pernah dia enggan menemaniku , apatah lagi berkaitan dengan rakan-rakanku yang telah menjadi saksi hubungan kami sejak awal dahulu.
‘’ Kalau sayang sihat kita pergi , kalau tak . Duduk rumah jelah.’’ Usik Fayyadh sambil meletakkan tangannya di dahiku.
Aku memegang lembut tangannya. Dia hanya tersenyum manja sambil meletakkan kepalanya di sofa.
Senyuman yang sukar sekali aku cari gantinya.
“ Abang tak penat ke jadi comel? ‘’ soalku sambil mencubit pipinya geram.
Dia mengadu kesakitan . Namun masih juga kelihatan comel.
“ Abang nak comel untuk sayang je.’’
Entah kenapa kelakuannya seperti mula-mula kami kenal dulu.
Tercuit pula hati .
“ Baba , kita nak pergi mana ? ‘’ soal Yasmin pada Fayyadh setelah melihat 2 bagasi dimasukkan kedalam kereta.
Aku hanya baru memakai kasut hanya tersenyum.
“ Kita nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan mama dan baba . ‘’ jawab Fayyadh ringkas sambil mencubit manja pipi Yasmin.
Perancangan sabtu kami kerumah Edrea dibatalkan kerana kami akan bercuti ke Sabah untuk pertama kalinya.
Siapa saja tidak teruja apabila sebut saja tentang Negeri Dibawa bayu itu . Aku sudah tidak sabar untuk berada di kawasan sejuk . Paling tidak kurang sikit rasa rinduku di Seoul.
‘’ Kau ni Peeya ,macamlah Sabah tu takde kedai makan. ‘’ Sindir Amani setelah melihat Safiyya dan bekas makanannya .
“ Untuk anak-anak akulah. Nanti diaorang lapar boleh makan . ‘’ Jawapan selamat dari Safiyya.
Dari zaman bujang hingga anak dua masih saja begitu perangainya.
“ Nanti kat sana awak masak ok ? ‘’ HaNeul sangat memujuk namun masih juga bernada sindiran.
Safiyya hanya menumbuk bahu suaminya yang tinggi dan putih itu.
Anak-anaknya juga sangat comel dan manis sepertinya , Shayyidah Mardhiah dan Samiyyah Mardhiah.
“ Awak tinggal je lah kat KL. Tak payah ikut . ‘’ Rajuk Safiyya pada suaminya.
HaNeul sama seperti dulu , masih takut sekiranya Safiyya merajuk . Mungkin dia masih trauma dengan peristiwa dimana kami menyerang perempuan yang cuba ingin mendekatinya di kampus dulu. Hahahaha
Kami semua sudah berada di balai berlepas , tinggal Dean dan Ferral serta puteri kembar mereka Bari’ah dan Bashirah .
‘’ Woi , cepatlah . Kau fikir ni kapal terbang Edrea ke nak lambat-lambat ? ‘’ teriak Safiyya dari jauh .
Amani terus menekup mulutnya.
“ Kau ingat ni rumah kau ke nak jerit-jerit ? ‘’ Amani sambil tertawa menahan Safiyya dari bercakap lagi . Terkapai perempuan tu dibuatnya.
“ Kau orang jangan salahkan aku . Semua ni sebab Ferral . Tak habis-habis dengan sinetron dia tu yang dah berates episode , tak habis-habis. ‘’ Marah Dean sambil membetulkan kedudukannya .
Bari’ah dan Bashirah keletihan dan teruk meneguk air mereka masing-masing.
Comel je aku tengok. Rasa macam nak beranak lagi. Hiihhihi
“ Kau ni Fer , boleh tinggi darah bini kau ni lama-lama tahu . Asyik marah je kerjanya.’’ Fayyadh menepuk bahunya sambil tertawa.
Kami juga terhibur lalu tertawa bersama .
“ Aku nggak tahu gimana caranya supaya Dean itu mau bareng nonton sinetron sama aku . ‘’ Ferral memegang dahinya .
Dean hanya menjeling Ferral . Sakit sangat hatinya Ferral lambat bangun pagi kerana menonton sinetron.
“ Dear , are you alright ? ‘’ Noah pula kini bersuara .
Mungkin dia rasa pelik dengan Edrea yang dari tadi tidak bersuara namun asyik tersenyum.
Edrea hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya kearah lain.
“ Saya nak persahabatan kita sampai bila-bila . ‘’ Edrea bersuara dan matanya berkaca.
Terharu aku mendengarnya. Aku menghampiri wanita kecil itu dan memeluknya.
“ Best friends forever ? ‘’ Amani bersuara.
YES !
Dalam flight , kami tidak terpisah jauh . Oleh itu kadang terdengar suara Dean dan Safiyya bercerita. Entah apa yang mereka sibukkan.
Aku berasa sedikit pening. Yasmin sudah tidur diatas ribaku.Aku meletakkan kepalaku dibahu Fayyadh dan lena disitu.
“ Ummi , nak toilet..’’ Arasyfa yang sudah seperti cacing kepanasan sudah tidak tahan untuk mencari tandas.
Amani memimpinnya ke tandas.
Kepalaku terasa amat berat dan sudah tidak sabar untuk sampai ke Kundasang , Sabah petang ni.
Sepanjang dalam kereta hanya Fayyadh yang menjaga Yasmin. Kepalaku teramat berat. Namun aku perlu menikmati percutian kami ini yang tidak langsung dirancang .
Memandangkan lagi dua minggu untuk puasa. Aku ingin jadikan percutian seminggu ini indah dan menjadi sebuah kenangan terindah .
Kami menginap disebuah rumah yang hamper di kaki gunung kinabalu . Pemandangan yang tidak pernah aku bayangan seumur hidupku .
Suasananya tenang dan dingin membuatkan aku terasa ingin saja dibuai mimpi .
“ Hari ni kita bagi Arfa rehat dulu . Esok baru kita jalan-jalan okey? ‘’ Cadang Dae Hyeon yang masih pelat dalam berbicara melayu.
Fayyadh mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaanku. Aku merebahkan tubuhku di katil setelah menelan sebiji ubat yang diberi oleh Safiyya.
“ Sayang dengar tak ? ‘’ Fayyadh merangkul pinggangku dan berbisik memanggil namaku.
Aku terjaga dan bergegas bangun .
“ Kenapa abang ? okey tak ni ? ‘’ Soalku.
Dia tersenyum dan bangun perlahan-lahan. Yasmin tidur di katil single ..
‘’ Abang okeylah . ‘’ dia menarikku berbaring.
Dah macam cerita Tetanic aku rasa. Peningnya Tuhan saja tahu. Rasanya macam dalam kapal .
Aku kembali dalam lenaku. Tidak terdaya menahan karenah suamiku malam ini.
Pagi-pagi itu aku rasa ada sedikit segar dan sihat. Noah yang memandu van supaya muat oleh kami semua.
Kami pergi ke taman The Sabah untuk menikmati keindahan alam. Seperti diluar Negara rasanya melihat the yang dipetik dari ladang.
Yasmin sungguh gembira berkejaran dengan teman-temannya . Aku dan rakan-rakanku yang lain sibuk dengan Wefie .
Sehari suntuk berjalan sampai bengkak kaki Amani dibuatnya. Aku juga semakin sihat mungkin kerana cuaca disini yang sederhana.
Malam itu kami berkumpul di luar rumah sambil BBQ . Safiyya yang masak . Aku mendukung Samiyyah . Rasa seperti Zayyad dulu .
‘’ Wei , kenapa gelap ni ? ‘’
Tiba-tiba saja gelap . Entah kenapa . Anak-anak mula menangis termasuk Yasmin.
Fayyadh memeluk sambil memujuknya.
‘’ Happy Birthday to you , Safiyya . ‘’ HaNeul datang dengan kek yang berbentuk hati .
Hari ini merupakan ulang tahun Safiyya . Kami semua sudah tahu mengenai perancangan HaNeul .
Oleh itu , kami pergi kesini secara mengejut dan tanpa perancangan. Kebetulan kami belum pernah pergi ke sini . Tidak kurang dengan luar negara.
Safiyya menangis dan memeluk suaminya .
“ Sayang , saya mungkin bukan yang terbaik , tapi saya cuba jadi yang terbaik dalam hidup awak , selama dan semampu yang saya boleh. Saya sayang awak . ‘’
Entah kenapa , airmataku pula yang menitis. Fayyadh memelukku dari belakang seakan dia tahu apa dalam fikiranku.
Seminggu tidak lama mana. Kehulu hilir membuang duit , tiba masanya buat duit lagi .
Kejap saja cuti kami tamat dan aku kembali bekerja . Mujur saja ada pembantu seperti Maisara. Pekerjaannya sentiasa terbaik .
Puan , saya ada nak bincang sikit. ‘’ Maisara mula bersuara setelah hamper setengah jam dia duduk dihadapanku.
Aku memintanya untuk meneruskan hajatnya.
Wajahnya sedikit berubah . Entah kenapa.
“ Saya nak resign . ‘’ Terkedu aku seketika . Entah kenapa tiba-tiba saja dia ingin berhenti kerja.
‘’ Kalau awak ada apa-apa masalah awak boleh bagitahu saya. I need you Sara. Why? Just tell me.’’ Aku seakan enggan melepaskan pekerja ku yang seperti ini.
‘’ Tak puan. Saya suka kerja sini. Cuma, saya perlu balik kampung. Mak saya tak sihat.’’ Terangnya lagi seakan berat hatinya.
Aku menarik nafas panjang. Memang aku tidak ingin kehilangan pekerja sepertinya. Namun , dia terpaksa.
“ Okey , its alright. Kalau mak awak dah sihat , and awak nak kerja semula datang semula sini. Pintu galeri ni sentiasa terbuka untuk awak . “ aku memeluknya sebagai tanda perpisahan.
Gajinya juga aku beri penuh walaupun tidak sampai sebulan lagi dia kerja disini.Bonus juga telah ku hadiahkan untuk jasanya terhadapku.
.
Dari kesungkuranku sewaktu kehilangan Zayyad , hinggalah aku mampu kembali kepada diriku semula , Maisaralah yang menjadi pembantuku.
Aku sudah menganggapnya sebagai adikku sendiri. Oleh itu , aku tidak ingin dia memanggilku Puan lagi. Kerana dia kini bukan lagi pekerjaku , namun adikku .
‘’ kalau sayang tak kisah , abang boleh tolong. ‘’ Fayyadh menawarkan dirinya untuk menggantikan Maisara.
Aku menganggapnya suatu gurauan. Dia langsung tiada asas dalam seni. Biar saja dia menjadi tulang belakangku. InsyaAllah aku mampu.
Sahur pertama buat puteri kami. Agak liat dikejutkan , namun itulah kelebihan Fayyadh , dia mampu mengejutkan Yasmin tanpa setitis airmata.
Kalau aku , pasti dah menangis Yasmin ni.
“ Abang , esok abang hantar Yasmin boleh tak ? ‘’ pintaku .
Fayyadh memandangku dan tersenyum.
“ Okey sayang. “
Lepas menunaikan solat subuh bersama , aku terus bersiap-siap. Yasmin juga tidak sempat untuk aku siapkan.
Aku bergegas ke galeri . Maklum saja , hari ini ada pembeli lukisan dari England. Aku perlu menyediakan layanan paling terbaik.
Sejak Maisara berhenti , aku bersendirian mengurus Galeri. Staf ku yang lain juga tiada masa lagi untuk bersenang lenang.
Mundar mandir kami memberi penjelasan dan maksud sebalik lukisan yang telah kami hasilkan.
Entah kenapa lukisan yang menggambarkan seorang bayi bersayap di hadapan sebuah pintu gerbang menjadi tarikan mereka. Terkedu aku seketika , kerana itu merupakan lukisanku sewaktu kehilangan Zayyad dahulu.
“ This is my late son. He was dead on his first birthday . ‘’ Hanya itu mampu katakan.
Lalu aku tunduk , menyembunyikan kerinduan.
“ I’m sorry Madam. I don’t mean to hurt you. Can I take this and put in my Gallery? ‘’Tanya pemuda muda dari England itu.
Mungkin Zayyad akan lebih banyak menerima doa dari semua yang melihatnya disana.
Aku membiarkan potret itu dibawa oleh pemuda England itu. Aku tahu Zayyad juga tahu ketidaksanggupanku melihat potret itu.
Sayang , mama rindu.
‘’ Arfa , ‘’ sapa seseorang.
Aku yang sibuk mengemas katalog yang dikeluarkan tadi terus saja terhenti dan berpaling.
Zana dan Rhania dihadapanku.
Aku terpaku . Entah gembira , Entah teruja..
“ Kita orang minta maaf sebab selama ni selalu sakitkan hati kau . ‘’ Zana bersuara.
Aku tidak berkata apa-apa.
“ Aku tahu , kau dah tak nak kawan dengan kitaorang , tapi atleast , kita orang dating sini sebab nak minta maaf . ‘’ Rhania yang telah lama menghilang tiba-tiba bersuara.
Aku terus memeluk mereka. Tipu saja kalau aku tidak rindu pada mereka.
“ Kau orang masih kawan aku. Aku minta maaf sebab pentingkan diri sendiri.. ‘’ Airmataku tiba-tiba saja tercurah.
Aku memandang wajah Zana yang pernah aku tampar dulu .
Aku memandang wajah Rhania yang pernah aku benci dulu.
Kami berbual hingga tidak sedar waktu berbuka lagi sejam. Fayyadh menelefonku dan bertanya tentang berbuka.
Aku bergegas untuk pulang begitu juga mereka.
Namun nombor telefon telahku berikan pada mereka . Agar mudah untuk berhubung.
“ Abang tengok sayang makin busy . ‘’ suara Fayyadh berubah semasa kami berbuka.
Aku memandangnya. Wajahnya berbeza seperti sebelum ini.
Dia tidak banyak bercakap dan hanya berbual dengan Yasmin.
Aku belum menceritakan tentang Rhania dan Zana , belum tiba masanya.
Seminggu ramadhan , Fayyadh langsung tidak melayanku. Lepas terawih dia terus tidur. Kadang dia akan berbuka di masjid.
“ Puan , stor terbakar. ‘’ salah seorang pekerjaku di bahagian stor penjagaan lukisan yang hendak di export menelefonku .
Aku seakan hendak pitam mendengar dan terus menerus telefon Fayyadh .
Tiada sambutan . Mungkin masih berbual dengan Jemaah di masjid.
Aku yang masih bertelekung terus saja mendukung Yasmin yang sudah lena. Aku bergegas ke stor galeriku dan seakan tidak percaya.
Aku kehilangan 1 ribu lukisan yang berpuluh ribu nilainya. Aku menangis tak berlagu. Sungguh aku tidak menyangka semua ini berlaku.
Aku diminta ke balai polis untuk membuat laporan. Yasmin masih tidur dalam pangkuanku. Telefonku kehabisan bateri . Pasti Fayyadh faham .
‘’ Kes kebakaran ni bukan disebabkan litar . Namun seakan ada orang yang sengaja membakarnya. Namun ia masih dalam siasatan kami.’’ Terang inspector tersebut.
Di bulan yang mulia ini , ada juga insan yang berhati busuk seperti itu.
Aku tiba dirumah sekitar dua pagi dengan wajahnya sungguh penat dan pasrah.
Aku letakkan Yasmin kedalam biliknya .
“ Awak dah lupa tanggungjawab jadi isteri ke ? ‘’ Fayyadh bersuara tiba-tiba.
Entah kenapa dia berubah . Takkan saja dia jadi macam seperti dulu lagi.
“ Stor terbakar abang . Hampir 50 ribu ……. ‘’ ayatku tergantung.
“ Saya peduli apa ? awak dah keterlaluan tahu tak? Kalau saya tahu awak boleh berubah jadi macam ni sebab terlalu kejar duit , lebih baik awak tak payah buka galeri tu. ‘’ marah Fayyadh.
Mataku yang baru saja berhenti kembali menangis.
“ Kenapa dengan abang ni? Apa masalah abang. Cuma terus terang je. ‘’ aku masih berlembut dan cuba memujuk.
Dia masih dengan barannya.
“ Kalau awak rasa galeri tu penting , awak keluar dari rumah ni. Biar saya jaga Yasmin . ‘’ Fayyadh bersuara.
Aku bukan sengaja ingin meninggalkan Yasmin. Bukan juga kerana terlalu mengejar dunia hingga aku mengabaikan syurgaku .
Namun urusan ini tidak melibat dua tiga orang saja. Ia juga memerlukan prosedur yang lama .
Aku tidak berkata banyak , dan terus mengemas barang.
‘’ Saya tak kecil hati pun abang buat saya macam ni. Saya minta maaf sebab gagal jadi isteri terbaik dan ibu yang sempurna untuk Yasmin. ‘’ aku mengambil tangannya dan mengucupnya lama buat kali terakhir.
Yasmin datang dan terus memelukku.
“ Mama dan baba kenapa gaduh? Kita kan nak raya ? ‘’ Sungguh aku tewas mendengar tangisan Yasmin .
“ Jaga baba elok-elok ya sayang. Mama nak selesaikan masalah mama . ‘’ aku mengucup dahi dan pipinya berkali-kali .
Ibu mana gembira meninggalkan anaknya.
Aku sempat menyediakan makanan sahur untuk mereka. Jeritan Yasmin memanggilku sungguh menjadi mimpi ngeri buatku .
Aku hanya bermalam di hotel dan cuba menenangkan diri sendiri.
Urusan stor dan hutang bank perlu aku langsaikan sebelum memberi kesan terhadap yang lain.
‘’ Puan , mengikut siasatan . Pelaku tersebut merupakan bekas pekerja puan yang telah dipecat oleh puan sendiri . Ini dapat dikelasifikasikan sebagai dendam . ‘’ Terang inspector.
Aku tidak sangka mereka tega melakukan aku begini. Aku tidak menangis dan cuba untuk kuat dihadapan mereka.
Hutang 50 ribu ku menjadi bebanku. Aku berbincang dengan pekerjaku. Dan mereka terpaksa aku berhentikan.
Aku sudah nekad untuk menjual galeriku untuk membayar hutang.
Alhamdulillah , galeriku mampu menyelesaikan hutangku dan kini berbaki 10ribu dalam tanganku.
Aku membuka akaun bank atas nama Yasmin Athirah . Aku tidak keberatan hilang harta dunia ini. Asalkan , aku tidak berhutang ..
Aku menelefon rakan-rakanku dan mengajak mereka untuk berbuka bersama-sama.
“ Fayyadh dah ulang balik kisah lama ? ‘’ Edrea bersuara.
Aku tidak menjawab.
‘’ Aku tak fahamlah dengan Fayyadh ni. Kau tengah susah macam ni dia boleh pula marah kau . ‘’ Kata Amani.
“ Marah takpe , ni sampai halau dari rumah . ‘’ sambung Safiyya .
Aku hanya mampu menangis. Hanya di hadapan mereka aku tidak tertahan.
Kami bereempat hari berbuka di Restoren Sate kajang. Mataku tertumpu pada sate itu .
“ Yasmin suka makan sate. ‘’ aku bersuara.
Mereka terus berpandangan sesame sendiri.
“ Kau kuat Arfa.. ‘’ pujuk mereka.
Lagi 3 hari, hari raya aidilfitri. Entah bagai mana keadaan rumah itu . Mungkin Fayyadh mampu menjaga Yasmin tanpaku.
‘’ Assalammualaikum Arfa , sorry ek aku tak dapat dating raya ni . Aku pergi UK dengan Rhania. ‘’
Zana mengirim pesanan ringkas padaku .
Aku bersyukur sebenarnya. Kerana aku tidak tahu bagaimana hendak menjemput mereka ke rumah dengan keadaan keluarga ku yang seperti ini.
Ramadhan pertama Yasmin . Dan ianya tanpaku . Aku menempah tiket ke Mesir . Manatahu saja aku mampu melawan rinduku .
Aku pulang ke rumah semasa ketiadaan Fayyadh dan Yasmin. Bonda mengatakan mereka akan kesana untuk bersama-samanya pada malam raya. Mungkin bonda tidak tahu masalah yang menimpa kami . Mungkin Fayyadh juga tidak ingin masalah ini sampai di telinga orang lain..
Kemas , rapi , dan bersih. Sungguh Fayyadh sudah lama bersedia untuk ketiadaanku. Patut saja dia tidak langsung menghubungiku.
Aku meletakkan baju raya yang telah aku tempah dan jahit sebelum percutian kami di Sabah . Airmataku menitis apabila mengingati hari raya pertamaku tanpa Fayyadh dan Yasmin.
Aku memasak kuah kacang dan rendang daging kegemaran Yasmin. Biskut raya juga telahku susun di hadapan meja dan langsir juga sempat aku tukar baru. Lampu kelip-kelip dan pelita juga aku nyalakan. Sungguh rumah ini sunyi dan suram tanpa cahaya ini. Fayyadh seakan tidak ingin menyambut raya dirumah ini .
Ketupat yang tidak seberapa juga telah aku sediakan. Hanya tinggal Fayyadh hidang saja.
Aku letakkan sampul duit raya dengan jumlah rm100 untuk Yasmin .
Ku sisipkan surat untuk Fayyadh di meja solek .
Assalammualaikum abang , maafkan sayang kalau derhaka dengan abang . Maafkan sayang sebab gagal tunaikan tanggungjawab sayang sebagai isteri. Dalam laci , ada sampul untuk abang. Itu pulangan untuk abang sebab pinjamkan sayang duit modal buka galeri dulu. Sayang dah jual galeri tu untuk bayar hutang dengan bank . Alhamdulillah , jumlah jual galeri sayang dapat 100k . Maaf sebab tak bagitau .
Abang , sayang minta maaf sekali lagi kalau sayang dah guriskan hati abang dengan kelakuan sayang selama ni. Maafkan sayang sebabkan susahkan abang . Maafkan sayang sebab tak pernah faham abang . Mungkin saya tak pernah berterima kasih dengan abang sebab jadi suami yang terbaik untuk sayang. Jadi baba yang sempurna untuk Yasmin dan Arwah Zayyad. Sayang tahu , abang juga tertekan dengan kehilangan Zayyad kan?
Sampul yang tertulis BONDA , serahkan pada bonda . Itu hak bonda. Sampaikan salam sayang buat bonda dan ucapan terima kasih kerana sudi melahirkan sayang dan maafkan sayang sebab tak sempat nak mencium tangan bonda.
Sayang teringin cium tangan abang . Sayang teringin nak peluk Yasmin. Namun , tiada kesempatan lagi . Sayang tahu abang terasa hati dengan sayang . Maafkan sayang.
Sampul yang tertulis nama Yasmin dan Zayyad , itu hak anak-anak kita. Sayang ada buka akaun untuk Yasmin . Duit simpanan sayang selama ni . Terserah Yasmin macam mana nak berkongsi haknya dengan Zayyad .
Titipkan salam buat teman-teman kita . Tolong sampaikan pada Safiyya , Deandra, Edrea dan Amani yang merekalah sahabat dunia akhirat sayang. Ucapkan terima kasih pada mereka yang sentiasa menyokong sayang dari Seoul hingga di Malaysia.
Akhir kalam dari sayang , Maafkan kesilapan sayang , halalkan semua yang sayang terambil sengaja atau tidak sengaja . Terima kasih kerana marah abang tempoh hari , telah memberi kesedaran pada sayang.
Selamat Hari Raya Bonda , Yasmin Athirah , Safiyya , Deandra , Edrea , Amani dan Crush dari Seoul .
Abanglah suami , abanglah syurga sayang.Arfa sayang abang sampai bila-bila.
Jaga diri dan Jaga Yasmin untuk sayang .
Wassalam.
Takbir raya selepas subuh menjadi saksi ingatanku terhadap Zayyad . Aku perlu awal melawat pusaranya sebelum terbang ke Mesir .
Ingatanku pada Fayyadh dan Yasmin telah membuatkan aku tersasar ke dalam gaung . Keretaku hilang kawalan .
Dalam kesamaran , aku lihat Zayyad.
Maafkan sayang , abang .
Maafkan mama , Yasmin.
Maafkan Arfa , Bonda .
Maafkan aku , sahabat.
Aku pergi dulu ……………..
" Sayang , bangun .. Maafkan abang ..." suara bersilih tangisan aku dengar .
Lembut tangannya mengusap kepalaku.
Dimana aku ? kenapa sukar mataku untuk dibuka.
" Mama , bangunlah.. Yasmin nak mama .."
Ya Allah , suara itu .
Kuatkan aku Ya Allah . Izinkan aku memeluknya.
Perlahan-lahan mataku terbuka .
Wajah-wajah yang aku rindui kini di hadapanku. Syurgaku , puteriku , bonda dan sahabat-sahabatku.
Entah kudrat mana yang telah memberiku kekuatan untuk bertahan , setelah kereta HR-V ku hancur berkecai dalam gaung .
Fayyadh memelukku erat . Tidak pernah aku dengar tangisannya seperti itu.
" Abang tahu , abang tak patut biarkan sayang buat semua tu seorang diri. Abang minta maaf sayang. " dia menghulurkan surat yang tulis.
Lalu dia koyakkan dihadapanku .
" Abang tak nak sampaikan semua pesanan sayang , abang nak sayang sendiri yang cakap ." Matanya bengkak seakan sudah lama menangis.
" Mama , Mimin nak mama je. Mimin tak nak ni ." Yasmin mengembalikan hadiah duit raya dariku.
Aku mengenggam tangannya .
" Simpan kat tabung ok . " aku memeluknya.
Dia kembali menangis.
" Abang , maafkan sayang . Terima kasih kerana beri saya peluang .. " aku mencium tangannya berkali-kali .
Bondaku terus mendakapku .
Kemudian yang lain .
Aku hanya cedera di bahagian tangan dan kaki .
Alhamdulillah , tiada kecederaan serius.
Aku diminta untuk berehat . Serasa tidak ingin aku lepaskan tangan suamiku dan dakapan puteriku.
Assalammualaikum Mama ,
maafkan Zayyad sebab pentingkan diri sendiri.
terima kasih pinjamkan masa mama untuk temankan Zayyad.
Aku terus terjaga. Aku tercari-cari jasad kecil itu .
Mustahil itu Zayyad. dia belum pandai bercakap sewaktu dia meninggalkan kami.
Aku teringat sewaktu kemalangan itu , jasad itulah yang aku lihat sebelum ingatanku terhapus.
Aku melihat wajah Fayyadh yang bermalam di hospital untuk menemaniku.
Yasmin juga tidur bersama di sofa.
Aku hampir meninggalkan mereka . aku kuatkan diri untuk bangung dari katil . Aku menghampiri mereka.
Aku kusap rambut Fayyadh dan Yasmin .
Aku rindu untuk melihat senyuman mereka. Aku rindu untuk mendengar suara Fayyadh .
Tidak tertahan airmataku hingga mengejutkan Fayyadh .
" Kenapa sayang. sakit ke ? " soalnya padaku dengan penuh kerisauan. Dia membetulkan keadaan Yasmin di atas sofa dan menghantarku ke katil.
Aku tidak bersuara dan terus saja memeluknya.
" Kenapa ni ? " suaranya lembut .
Aku tidak dapat berkata apa-apa. Hanya mampu menangis.
" I miss you ." aku bersuara dengan suara yang tidak jelas. Terlalu esak .
Matanya berkaca .
" I miss you too sayang. " balasnya.
Malam itu dia menemaniku . Rindu .
Hampir tiga minggu dalam hospital , kini tibanya aku pulang. Rumahku dihadiri sahabat-sahabatku yang tidak putus-putus melawatku di hospital.
" Bonda ada masak rendang daging untuk arfa. " bonda telah menyiapkan makanan kegemaranku .
Seakan inilah raya pertamaku .
Aku diminta untuk bersiap oleh mereka. Sepasang baju kurung berwarna merun ku sarungkan.
" Aku tak dapat imagine kalau kau tak sedar-sedar lagi masa tu . " Safiyya bersuara.
" Kita orang risau tahu tak? Tak sempat lagi ni nak minta maaf dengan suami sendiri. " Amani bersuara.
Aku hanya tertawa kecil .
" Aku masa Fayyadh call Ferral , aku baru nak mandi . Dah dia cakap kau ni accident. Kau rasa macam mana aku mandi masa tu?" Dean pula meluahkan pengalaman raya pertamanya .
Kali ini pecah ketawa kami di meja makan yang hanya kami bereempat. Bonda dan yang lain duduk di ruang tamu.
" Kuatkan jodoh kau dengan Fayyadh . Panas macam mana pun kau orang bergaduh , mesti dingin juga . Memang patutlah kau orang kenal kat Seoul. " Edrea pula bersuara.
Aku hanya mengangguk .
Tiba-tiba saja lagu raya di pasang di ruang tamu.
" Sayang , Jom . " Fayyadh datang dan memimpinku untuk berjalan .
Sudah hampir pulih cuma perlu banyakkan berjalan.
Minggu terakhir hari raya , baru kami bersusun dan meminta maaf sesama sendiri.
Kali ini lagi istimewa kerana sahabat-sahabatku juga meminta maaf dengan suami mereka sendiri di rumahku .
Tidak pernah terfikir raya kami begitu indah diakhirnya.
" Maafkan saya awak . Sebab selalu marah-marah awak. Marah saya sebab saya sayang awak. selamat hari raya . " Safiyya menangis ketika mencium tangan HaNeul . Lelaki korea itu juga menitiskan airmatanya. Disusuli anak-anak mereka .
Macam orang baru nikah pun ada.
" Bie , maafkan saya sebab tak benarkan bie tengok cerita sinetron . selamat hari raya. " Ringkas ucapan Dean.
Pecah gelak kami semua kerana hanya itu yang Dean mampu katakan.
" Aku udah biasa kok . " jawab Ferral padanya.
Mereka sweet , tapi hanya mereka berdua tahu.
" Terima kasih sebab terima saya dalam hidup awak. Terima kasih sebab sentiasa faham saya. Terima kasih sebab guna nama Aswad untuk merawat rindu saya. Selamat Hari raya sayang . " Amani menangis semasa mencium tangan Dae Hyeon .
Dar Hyeon berhati lembut , dia tidak berkata apa-apa dan hanya mengusap lembut kepala Amani.
Aku baru saja ingin turun ke lantai untuk giliranku . Namun Fayyadh sudah terdahulu .
" Maafkan abang sayang sebab musnahkan raya pertama sayang tahun ni . Selamat Hari Raya. "
Fayyadh mencium tanganku .
Alahai , malunya
Dihulurnya aku sebuah sampul.
Duit raya ke ?
Aku buka dengan penuh tanda tanya.
Yang lain juga memanjangkan leher mereka.
Tiket ke KOREA !
Okey apa maksud ni?
" Hmm , nak honeymoon kali keberapa ni? " sampuk Edrea.
Aku hanya tertawa.
Rumah kami tidak perlu panggil keluarga yang lain , cukup kami semua dan anak-anak sudah cukup meriahnya.
Edrea juga memberi duit raya buat anak-anak yang ada.
Dia juga kelihatan gembira walaupun ini bukan perayaannya.
Sesi bergambar merupakan perkara paling aku tidak dapat lupakan.
Inilah keluargaku yang ada disetiap susah senang.
" Mommy , I want to eat again ? " Matthew bersuara.
Pandangan kami terarah kepadanya.
" Ask your daddy after this . " Edrea bercakap laju.
Hmm.. Dah tercandid lah gambar ni .
Terima kasih sahabat .
Crush Dari Seoul. Tiada lagi indah dari perkenalan itu.
Dari menyelamatkan seorang gadis gempal yang terjatuh di tangga disebabkan dilanggar lelaki korea , hingga menjadi rakan susah senang .
Hampir mati disebabkan pekasam perlis . Hampir aku kehilangannya kerana rakanku sendiri . Berperang rasa melawan morning sickness . Menjadi penguat semangat semasa melahirkan Yasmin dan Zayyad .
Menjadi penguatku semasa kehilangan Zayyad . Serta menjadi sebabku untuk meneruskan hidupku.
Terima kasih Mohd Fayyadh Zayn . .
I love you my Abang Kuddin 2.0 ♥️